End Of Twenty Twenty

Fuhhh..sikit lagi nak masuk tahun baru 2021. Perjalanan tahun twenty twenty (2020) yang indah dan tidak indah. 

Bukan lagi tahun 2020, wawasan 2020 yang kita harapkan masa zaman sekolah dulu. Tahun yang kita nanti-nantikan, rupanya tercipta satu sejarah yang kita sendiri tak sangka.

2020, tahun yang semua orang pasti akan ingat sampai bila-bila. Harapnya tak terbawak bawak sampai tahun 2021. COVID-19 please go away. shuhh shuhhh..

Goodbye 2020

Perjalanan sepanjang tahun 2020 yang terpaling banyak ujian dan dugaannya. Simpan sendiri biar jadi kenangan. Tahun 2020 sempat bercuti honeymoon di Port Dickson.

Perjalanan blog awal tahun ni sangat sendu, nak update blog pun malas malas gitu. Tak tahu lah kenapa terlalu sendu sangat. 

Bulan Januari, 6 entry je kau mampu? Kah! Padan muka dengan diri sendiri. Bukan cakap orang lain eh. 

Setiap bulan makin naik, tambah lagi bila PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) entry terus bertambah. Tapi ada turun naik jugak.

Bulan Oktober baru lah ada momentum nak update gila gila sikit. Sampai bulan November cecah 106 entry tu. Kemain semangat eh? Baru dapat seru agaknya. 

Jumlah Entry tahun 2020 sebanyak 461.
  • JANUARY (6)
  • FEBRUARY (13)
  • MARCH (20)
  • APRIL (23)
  • MAY (43)
  • JUNE (26)
  • JULY (31)
  • AUGUST (19)
  • SEPTEMBER (35)
  • OCTOBER (53)
  • NOVEMBER (106)
  • DECEMBER (86)

Syabas Fiza, syabas! Keep it up untuk tahun 2021 okay. Coretan terakhir sebagai penutup end of twenty twenty.

In case kalau ada yang bertanya, macamana nak buat gambar bergerak atas tu, boleh rujuk entry tutorial yang wak tiga lalat share. Link ada di bawah. 

Tutorial : How to add animated photo into blog

Tapi saya tak pandai nak save gif, jadi gunakan perkhidmatan Online Converter, Video to gif.

-END OF TWENTY TWENTY- اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ‎

8 comments:

  1. Bubbye 2020!! U will not be missed... Sobbbsss!!!! tQ share info pasal app tu.. huhu

    ReplyDelete
  2. Good bye 2020.
    2020 mengajar kita bersyukur dengan apa yang kita ada :)

    ReplyDelete
  3. Kata momentum sendu? Rasa kencang sahaja Fiza tulis memacam.
    Akak pula takde tulis penutup 2020. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Hihi, akak tengok entri awak lebih banyak daripada akak.. Apapun Selamat Tahun Baru diucapkan pada awak sekeluarga... akak suka tengok fotografi awak, memang cantik..

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru. semoga dipermudahkan urusan sis untuk tahun ni :)

    ReplyDelete
  6. semoga 2021 ni semua kita akn maintain... seram jugak ni awal tahun ni takut x terkejar dgn tugas hakiki blog pun akn ditinggalkan tanpa pesan.. huhhuhu

    ReplyDelete
  7. keep blogging tau!!! 2021 at least ada 365 entry! hehe

    ReplyDelete
  8. berakhilah sudah 2020.. walaupun memberi kenangan yang luar biasa namun berjaya dilalui..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.