Trend Cia Cia Cia

Thursday, March 10, 2016

Kalau yang pernah tengok Sepahtu Reunion mesti tahu apa itu cia cia cia @ chia chia chia. Lebih kurang gitulah bunyi dia. Cia cia cia ni biasa digunakan di hujung ayat pick up line memikat perempuan macam contoh dialog ni. 
Jep: Maaf awak, Saya rasa tak boleh lah borak dengan awak lama lama.
Uqasha: Kenapa?
Jep : Sebab bila berborak dengan awak lama lama saya terpandang masa depan. Cia...cia...cia...

Trend cia cia cia bermula dari Sepahtu Reunion dan sampai jadi trend digunakan. Tapi yang peliknya bila pelawak lain gunakan trend tu serupa macam tak menarik. Kalau Sepahtu ulang banyak kali pun masih menarik sebab dipelbagaikan. Lagipun asalnya dari dorang, kalau orang lain buat seperti tak menjadi je. krik krik krik gitu.

Agak agak dalam kehidupan sebenar ada tak orang guna trend cia cia cia untuk pikat perempuan? Rasa rasa dapat pikat tak? Sepahtu buat cia cia cia memang kelakar, kekadang rasa seronok layan Sepahtu Reunion. Lawak spontan.

10 comments

  1. memula tak faham ape yg cia cia ntah

    then kaji punya kaji ...oooooo sepahtu

    ReplyDelete
  2. Haha my friend merata use that cia cia cia :D

    ReplyDelete
  3. Sorry kalau akak tersilap fakta ya..
    rasanya perkataan cia cia tu dari pelawak indonesia.. yang ditiru oleh kumpulan Sepahtu.

    ReplyDelete
  4. Ohh, baru tahu. Kwn ckp baru2 ni, blurr jea. heheh

    ReplyDelete
  5. kat hotfm pun da buat ala-ala cia cia cia ni.
    tapi bunyi nyer kiok kiok kiok.
    aida pun suka tgk sepahtu reunion. da abis dah kan.
    kelakar bebeno!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.