Tau Fu Fah Pun Naik Harga

Monday, March 07, 2016

Tau Fu Fah salah satu makanan kegemaran kalau pergi pasar malam memang wajib beli. Itu dululah, tapi sekarang kalau rasa teringin je baru beli. Bila dah lama tak membeli, sekali beli terkejut dengan harga yang macam" Eh, betul ke ni?" . Sebab terasa nak makan, beli juga satu. Nasib sedap.

Kalau tak silap, kali terakhir beli harga RM1.50 tahun lepas. Sebelum RM1.50, RM1.20. Kalau dulu² RM1 je kan. Ke memang dah lama naik harga RM2.00 ni? Tau Fu Fah pun naik harga disebabkan harga bahan mentah pun dah banyak naik harga kan. Tak hairanlah kalau naik harga jualan tu. Kita sedia maklumlah kenapa kan.


Kat tempat korang pulak harga berapa? Almaklumlah lama tak membeli Tau Fu Fah, dia jadi macam percaya tak percaya je. Walaupun bahan asas tauhu je pun tapi ada sebabnya kenapa naik harga kan. Nak beli, beli..Tak nak beli sudah. Sebagai pembeli, kita pun ada pilihan. Tapi kalau teringin, hentam saje lah beli.

7 comments

  1. kos hidup semakin meningkat kan? T___T

    ReplyDelete
  2. hemmmm tak boleh nak kata apa-apa....huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. ohhh dah rm 2 yer.. lama dah xbeli.. ingt dulu beli mcm 1.20 jer..

    ReplyDelete
  4. kan dulu harga rm1 jer.. kalau tak salah beli last kat bazar ramadhan baru nih, memang harga rm2..

    ReplyDelete
  5. kat teluk intan klu kat psar malam, masih lagi singgit. klu ika balik bangi ke slim ke. rm 1.50 hehehe

    ReplyDelete
  6. skang melaka da 1.50.
    yg pelik makin sikit isi kandungan nyer, fiza :(
    sedih.
    harga up, isi di down kan.
    patut nyer isi maintain la kan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.