Renew Passport

Tuesday, March 22, 2016

Mereput 4 jam semalam menunggu untuk renew passport kat Pejabat Imigresen Cawangan Kajang. Tujuan renew kat sini sebab sebelum ni husband kata tak ramai orang dan agak cepat urusannya. Memang cepat urusan husband renew passport kat sini tak sampai sejam katanya. Tu yang gigih sampai ke Kajang dari Seremban. Kebetulan ke UKM, alang alang dah dekat terus selesaikan urusan mana yang penting.

Apa yang jadi kat husband dulu tak terjadi pula hari ni. Bila sampai pejabat imigresen, tengok dah ramai orang. Nak patah balik macam malas pula. Nak tak nak, tunggu je la. Proses renew passport mudah je cuma nak tunggu giliran yang memenatkan. Kaunter banyak tapi tak semua dibuka. Proses nak renew passport

1. Ambil no.giliran
2. Tunggu no.giliran di panggil untuk ke kaunter ambil gambar dan update maklumat
3. Tunggu no. giliran untuk buat pembayaran RM200 untuk tempoh 5 tahun dan ambil resit pembayaran.
4. Tunggu no. giliran untuk ambil passport yang dah siap. Serahkan resit pembayaran dan passport akan diberikan.


Itu je proses untuk renew passport. Yang letihnya sebab setiap kali tunggu no.giliran tu yang lama. Makin tunggu, makin ramai orang masuk. Berkampunglah kamiorang kat pejabat tu. Ingatkan bila datang hari bekerja, tak ramai orang. Rupanya sangkaan itu silap.

Bila dah siap memang lega sangat. Masa ambil gambar pun snap sekali je, malas nak berulang kali sampai okay. Penat punya pasal, tak kisah rupa macamana pun. Janji nampak elok. Nak senyum sikit pun tak mampu.


Dah renew passport, lepas ni boleh lah plan bercuti ke luar negara pula kan. 

3 comments

  1. bestttnye jejalan luar negara...rezeki kan,,

    ReplyDelete
  2. Hai Fiza... Perkongsian yang sangat menarik.. Kalau nak mudah buat atau renew passport, boleh ke Pejabat imigresen sini ye :)

    http://miaqaisarah.com/2016/03/23/mudahnya-renew-passport/

    ReplyDelete
  3. wah ni mesti nk g holiday ni renew passport...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.