Jelajah Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau

Ahad lepas berkesempatan pergi jelajah Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau. Jelajahlah sangat padahal ikut husband melawat kawasan je untuk projek research. Alang alang macam bosan duduk rumah kena tinggal, baik pergi ikut sekali.

Setelah 20 minit pendakian bukit di Kampung Orang Asli Ulu Chembong ni sampailah ke tapak projek. Projek clean water untuk disalurkan kepada penduduk orang asli. Itu yang Fiza faham lah. Dah namanya mengikut je sekadar pemerhati. So duduk diam diam kalau tak tahu apa apa.

Pensyarah, penyelidik, pelajar, kontraktor, penduduk kampung orang asli dan tak ketinggalan Tok Batin pun ada sekali tengok tengok perkembangan projek. Dorang ni nama je orang asli tapi percakapan dah moden. Kekadang terdengar dorang cakap rasa nak kagum kejap! Kalau nak tahu, dorang ni tak lagi duduk rumah kayu semua tu. Dah upgrade rumah batu macam rumah mesra rakyat tu. Tapi kebanyakkannya tak duduk situ, ada yang dah berhijrah duduk bandar. Sesekali baru balik. Wahh kemain maju lagi orang asli. Bagus bagus.

Sementara tunggu dorang berbincang dan belek². Fiza layan permandangan bukit kampung ni sebab bukit ni cuma orang asli je yang teroka. Dah nama pun kampung dorang kan. Ada juga air terjun di sini. Air jernih tapi kawasan tak bersih penuh dengan daun daun gugur. Ye lah kan, bukan kawasan umum pun nak dibersihkan. Takde siapa datang. Dorang pun mandi kat bawah bawah je rasanya.

Lepas dah selesai dengan projek clean water tu, Tok Batin bagi kebenaran untuk kamiorang jelajah air terjun yang katanya ada pantang tak boleh mandi kat situ. Di khuatiri langgar pantang tok nenek moyang. Dah masuk tempat orang, kenalah faham kan. Dalam 15 minit mendaki lagi, baru sampai air terjun. Sempat juga tersesat. Risau juga terserempak dengan binatang liar. Akhirnya sampai juga.


Fiza ingat air terjun kat atas lagi cantik tapi tak seperti yang digambarkan. Penuh dengan daun daun kering. Kalau dibersihkan mesti cantik. Alang alang dah sampai sini, celup celup kaki pun jadilah. air terjun dia memang sejuk. Kalau mandi memang seronok sebab badan tengah panas cuaca pun panas. Kalau dapat berendam memang best. Tapi lupakan je la hasrat. Baju pun tak bawak, ada hati nak mandi. Lagipun di larang mandi kan. Tempat pun macam menyeramkan je. Kan?

Singgah air terjun atas ni kejap je, lepas tu turun balik. Sepanjang perjalanan naik agak mengah juga nak sampai atas. Nak turun laju je. Mujur juga beli kasut baru, dapat juga ikut husband sesambil hiking bukit. Paling Fiza suka kat laluan buluh ni. Tak lepaskan peluang, wajib ambil gambar. Nak sampai sini bukan senang dan bukan boleh sembarangan masuk. Satu pengalaman yang best walau hiking tak seberapa sangat. Kira aktiviti ahad yang menyihatkan badan.

3 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.