Cari Susu Segar Legend di Sahmura Akil Industries

Wednesday, March 09, 2016

Dari rembau most wanted, terus ke Semenyih Selangor cari susu segar legend Sahmura Akil Industries. Kawan husband yang nak beli sebenarnya. Kami orang ikut je. Nak dijadikan cerita 2 kali sesat padahal guna google maps tu. Bila dah 2 kali sesat, check punya check silap tempat rupanya.

Akhirnya sampai jugak tempat yang di tuju. Rupanya bukan Sahmura Akil Dairy Farm tapi Sahmura Akil Industries. Yang kamiorang sesat tu mungkin ladang yang dulunya pernah di usahakan. Nak tak nak kena cari sampai dapat sebab wife kawan husband tengah mengidam. Haruslah kena cari kan walaupun semata mata untuk susu segar legend segar dari ladang ni. Fiza pun memang nak rasa. Alang alang dah ikut, rugi kalau tak beli.

Susu lembu asli berperisa didalam pek 200ml yang segar terus dari ladang. Pengedar baru amat dialu-alukan. Kuantiti minimum order 200 botol dengan harga kasih sayang. Bekas polisterin berkualiti tinggi dibekalkan. Hubungi En megat ditalian 013-3698776. Diproses dan diedarkan oleh Sahmura Akil Industries Sdn Bhd, Pusat Pemprosesan Susu Semenyih, Jalan Bangi Lama, Batu 1/4, Semenyih, Selangor
Kalau korang nak beli boleh terus pergi ke alamat tu ataupun contact no.phone kat atas ni ye. Bila sampai kat sini, tersuka dengan lukisan 2 ekor lembu ni. Terus snap lah apa lagi. Untuk pengetahuan korang, gambar lembu susu yang dilukis di dinding tu adalah gambar 2 kepala lembu susu sebenar dari sebilangan lembu susu yang terdapat di ladang Sahmura Akil Farm. Cantik lukisan dia kan.

Fiza beli 10 botol je susu sugar berperisa ni. Beli perisa vanilla, mangga, coklat, strawberry dan orange. Paling sedap strawberry. Dalam masa 2 hari je dah habis. Susu segar ni sekali minum dah habis, 200ml je kan. Minum sejuk sejuk lagi sedap!

Susu segar berperisa ni popular satu masa dulu. Sebab tu di panggil susu legend. Harga pun sen sen je rasanya. Sekarang susah nak dapat, hanya ada di tempat tertentu je. Harga pun RM2 sebotol. Kalau ambil lebih dari 100botol dapatlah murah sikit. Kat butik butik vendor pun ada di jual.


8 comments

  1. Fiza. Laaa dekat jalan bangi lama je ke. Dekat je ngan umah kita. Kita memang suka susu lagi2 susu lejen ni. sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. ingt dulu ms sekolah, slalu beli susu mcm ni.. mmg legendd

    ReplyDelete
  3. zaman sekolah selalu minum. mesti beli berbotol-botol. hehe

    ReplyDelete
  4. Wah harganya takde la mahal sangat kan Fiza...RM2 tu kira ok la kan..

    ReplyDelete
  5. pada yang minat mmg suka.. mesti beli banyak2 bila dah sampai ke tempat tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.