Bab 8 : Ogos 2023

Bye Julai! Rasa macam baru je masuk bulan Julai. Pantas masa berlari, bukan berjalan lagi dah. Bulan Julai berlalu pergi meninggalkan kenangan.

Ogos 2023

Hola Ogos! Marilah kita melangkah ke muka surat bulan baru iaitu Ogos. Tahu-tahu dah Ogos! Hanya berbaki lebih kurang 4 bulan lebih je lagi kita akan bertukar buku baru tahun 2024 Masihi.

Fenomena Supermoon dan Bulan Biru

Dijangkakan pada Bulan Ogos akan berlaku Fenomena “Supermoon” dimana bulan penuh akan berada dekat dengan Bumi pada orbitnya. Akan berlaku dua kali kejadian Supermoon dalam bulan ogos 2023 iaitu Bulan Sturgeon (Supermoon) pada 2 Ogos dan "Bulan Biru" pada 31 Ogos 2023.

Pada bulan Ogos juga bakal menyaksikan fenomena yang jarang berlaku iaitu bulan baru mikro pada 16 Ogos 2023. Semasa fenomena ini berlaku, orbit bulan berada pada kedudukan lebih jauh daripada Bumi.

PILIHAN Raya Negeri 2023 (PRN2023)

Bulan Ogos bakal sibuk dengan PILIHAN Raya Negeri 2023 (PRN2023) yang membabitkan enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Jangan lupa tarikh 12 ogos 2023 mengundi ye. 

Bulan Kemerdekaan

Selain tu, bulan Ogos bakal sibuk juga sempena Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan 2023.

baca juga
tema dan logo Hari Kebangsaan 2023


Cuti sekolah penggal 2

Cuti sekolah penggal 2 bulan Ogos 2023 juga akan bermula pada 25 ogos 2023 sehingga 2 September 2023 untuk kumpulan A. Kumpulan B bermula pada 26 Ogos 2023 sehingga 3 September 2023.

Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Kuala Lumpur, Selangor, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah dan Sarawak

Bab 8 Ogos 2023

Page 182/365
Be so busy improving yourself that you have no tome to criticize others

 

Cuti umum/ Public holidays Ogos 2023

23 Ogos (Rabu) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
24 Ogos (Khamis) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
31 Ogos (Khamis) – Hari Merdeka (Cuti Umum)

Sambutan pada bulan Ogos
Hari Ahad Pertama Ogos – Sambutan Hari Persahabatan (Friendship Day)
12 Ogos (Sabtu) – Sambutan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)
12 Ogos (Sabtu) – Sambutan Hari Belia Antarabangsa (International Youth Day)
13 Ogos (Ahad) – Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa (International Lefthanders Day)
20 Ogos (Ahad) – Sambutan Hari Nyamuk Sedunia (World Mosquito Day)
31 Ogos (Khamis) – Hari Merdeka/Kebangsaan Malaysia (Malaysia's Independence/National Day)

Semoga bulan Ogos lebih baik dari bulan sebelumnya. 

6 comments:

  1. Tidak tahu ada peristiwa bulan besar. Hehe tq kongsi tapi selalu tidak dapat hendak perhatikan.
    Harap bulan 8 ini ada berita baik untuk akak.
    Selamat mengundi Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang cuaca tak mengizinkan. Semoga yang baik baik untuk akak. Saya tak mengundi, husband je mengundi di N9.

      Delete
  2. Supermoon dgn cuti sekolah tu amat lah menarik... PRN tu tak menarik sbb dah tahu PN akan menang mostly state seat hahahaa..

    ReplyDelete
  3. Selamat mengundi Fiza dah mula dah kiri-kanan jalan di bandar Seremban bendera parti berkibar-kibar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih mengundi di Johor kak. Encik suami je yang mengundi di Nismilan ni. Itulah tu, meriah dengan bendera sekarang ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.