Header Ads

Senarai Filem-Filem Malaysia 2023


Untuk peminat filem melayu Malaysia, berikut senarai filem-filem Malaysia 2023 yang akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Ada genre seram, animasi, aksi, fiksyen sains dan banyak lagi untuk pilihan para penonton.

SENARAI FILEM-FILEM MALAYSIA 2023

—JANUARI
filem melayu malaysia terbaru 2023

ESCAPE
Tarikh tayangan : 5 Januari 2023
Penulis skrip : Ikhwansha Hazer
Pengarah : Ikhwansha Hazer
Produksi : Dreamland Productions & DMY Creation
Pelakon : Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Dato' Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Pablo Amirul, Jue Aziz, Fiza Fukazawa dan ramai lagi.
Sinopsis Escape ; Adam (Kamal Adli) terpaksa mendedahkan lokasi cip peranti senjata yang diseludupnya kepada pihak berkuasa apabila dia dituduh sebagai pengganas dan dikurung di dalam sebuah bilik misteri. Malangnya, dia mendapati pihak berkuasa itu sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mempunyai rancangan jahat. Walaupun tidak mengingati apa-apa kerana mengalami amnesia, kini Adam perlu mencari jalan untuk membebaskan diri dari bilik itu dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.
Tarikh tayangan : 19 Januari 2023
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd.
Pelakon : Asrul Faizal Kamaruzaman, Jojo Goh, Sabri Yunus, Datuk Rosyam Nor, Sangeeta Krishnasamy, Saidi Sabri, Hushairi Husain, Dr. Lim Swee Tin, Angeline Tan, Jason Chong, Issey Fadzlisham, Yank Kassim, Arjunasukma, Zamzuriah Zahari, Pokku Redang
Sinopsis : Ia mengisahkan tentang Duan, seorang artis Mak Yong yang berhijrah ke Kuala Lumpur atas desakan ibu bapanya selepas terbabit dalam pergaduhan di kampung. Dia berkenalan dengan rakan sekampung dan bekerja dalam pelbagai kerja sambilan namun kehidupan baharunya di bandar tidak menghalangnya untuk terus bergiat dalam seni Mak Yong yang telah sebati dalam jiwanya. Di Kuala Lumpur, dia terlibat dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan penjenayah apabila dia cuba menyelamatkan seorang gadis. Gadis itu diculik kerana dendam masa lalu yang menyebabkan abang kepada seorang ketua penjenayah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh teman lelakinya.

EVA TAKE ME AS I AM
Genre: Thriller
Tarikh tayangan : 26 Januari 2023
Penulis skrip : Diyana Ismail
Pengarah : Suhaiza Aziz
Produksi : D'Alpha Legacy Sdn. Bhd.
Pelakon : Nadia Aqilah, Nadia Brian, Shamsul Danish, Ako Mustapha, Mimi Ernida, Shazia Ruzaini, Azrel Ismail, Esma Daniel, Marissa Yasmin, Jay Iswazir, Aleeza Kassim, Mustaqim Bahadon, Zain Hamid, Fatimah Azzahra, Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Hasnol Rahmat, Sheera Iskandar, Gya Natasya, Mimi Ernida, Norman Hakim, Fatimah Azzahra
Sinopsis : Kisah Eva, Amy dan Mike adalah orang yang sama tetapi terperangkap dalam satu tubuh. Eva sebagai pemilik tubuh terpaksa berhadapan dengan perubahan yang berbeza-beza akibat daripada trauma yang dialami sejak dia masih kanak-kanak. Eva mempunyai seorang anak lelaki yang cuba memahami keadaannya dan membantu ibunya. Begitu juga dan kakaknya Elly yang sentiasa berada di sisinya. Dalam kekeliruan dirinya itu, Eva berjaya menjadi seorang peguam. Namun itu tidak merubah dirinya menjadi manusia normal. Keadaan dirinya terus bertukar-tukar menjadi Amy, seorang pakar forensik dan Mike pula pembunuh. Apabila Mike menjadi lebih kuat untuk mengambil alih tubuh Eva sebagai watak dominan meletakkan semua orang dalam bahaya.

—FEBRUARI 2023
filem melayu malaysia terbaru 2023

COAST GUARD MALAYSIA OPS HELANG
Genre: Aksi
Tarikh tayangan : 2 Februari 2023
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Arie Zaharie Production
Pelakon : Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Hazama, Julia Farhana, Fizz Fairuz, Wanna Ali, Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Iman Zulkarnaian, Azlan Komeng, Yuzz Nor, Kodi Rasheed
Sinopsis : Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) iaitu Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau kerana mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) setelah kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi menyelamat. Hafiz juga membawa tunangnya, Nurul untuk tinggal bersamanya setelah memutuskan untuk berkahwin dengannya. Namun, ketika majlis sambutan pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapanya serta beberapa orang tetamu lain termasuk beberapa anggota maritim lain untuk dijadikan tebusan. Melati (Julia Farhana), seorang anggota maritim telah ditugaskan untuk menyelesaikan krisis dan menumpaskan kumpulan penjenayah tersebut telah menemui dan menyelamatkan Hafiz dan bapa Nurul. Berdendam dengan penjenayah tersebut, Hafiz berganding bahu dengan Melati demi menyelamatkan buah hatinya dan tebusan-tebusan lain.

HARUM MALAM
Genre: Seram
Tarikh tayangan : 9 Februari 2023
Pengarah : Dain Said
Pelakon : Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud, Faizal Hussein, Idan Aedan, Arnie Shasha, Angelica Petra
Sinopsis : Kisah pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia. Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

FILEM IMAGINUR
Genre: Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2023
Idea Asal : Redza Minhat
Penulis skrip : Redza Minhat, Nik Amir Mustapha
Pengarah : Nik Amir Mustapha
Produksi : Lumatic Films
Pelakon : Beto Kusyairy, Diana Danielle, Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Rahim Razali, Takahara Suiko, Anas Ridzuan
Sinopsis : Kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis. Kehidupan Zuhal (Beto Kusyairy) menjadi kacau bilau apabila masa lepas dan masa depan bercampur-baur. Ini ditambah lagi dengan kehadiran perempuan misteri iaitu Nur (Diana Danielle) yang membuatkan dia tidak tahu apa realiti dan fantasi.

FILEM DIDI & FRIENDS THE MOVIE
Genre : Animation
Tarikh tayangan : 23 Februari 2023
Produksi : Astro Shaw bersama Warnakala Studios

—MAC 2023
filem melayu malaysia terbaru 2023

FILEM IMAM
Tarikh tayangan : 2 Mac 2023
Pengarah : Mior Hashim Manap
Sinematografi : Indra Che Muda
Produksi : Alkahfi Pictures
Pelakon : M. Nasir, Faizal Hussein, Rahim Razali, Vanidah Imran dan ramai lagi.
Sinopsis : Filem ini berkisarkan perjuangan seorang imam, Haji Mihad yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya. Pembaharuan yang nak dibawa oleh beliau mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang beragama Islam.

FILEM SUMPAHAN SYAITAN
Tarikh tayangan : 2 Mac 2023
Pengarah : Roy
Penulis skrip : Epy Kodiang
Produksi : Alkahfi Pictures
Pelakon : Farid Kamil, Dato' AC Mizal, Dato' Jalaluddin Hassan, Saiful Apek, Nynaa Harizal, Arin RL, Pak Ya Sepahtu, Azlee Senario, Saiful Zero, Yasin Senario


FILEM PULAU
Genre : Thriller
Tarikh tayangan : 9 Mac 2023
Pengarah : Euho
Produksi : My Way Pictures, Filmforce Studio, WebTVAsia
Pelakon : Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjana Suri, Evie Feroza, Namron, Sabronzo, Jazmy juma, Harris Annuar, Mark O'dea, Vikar, Cedric Loo, Eddie Chong, Wan Hanafi Su, Alex Henderson, Ms Puiyi
Sinopsis : Percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas pertaruhan kalah memaksa mereka bermalam di pulau terbiar. Ketika mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misteri di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat antagonis yang terperangkap di pulau itu. Satu demi satu, mereka dibuat untuk menderita yang mencengkam dan mengerikan akibat dari kesilapan mereka, menimbulkan kemarahan makhluk jahat yang memerlukan darah manusia untuk terus hidup. Satu-satunya jalan keluar adalah di tangan seorang gadis yang sangat perlu menggunakan hadiah ghaibnya untuk menguraikan sejarah yang meresahkan yang berkaitan dengan kisah cinta silang budaya yang tercemar.

EIDOLON : BAYANGAN DENDAM
Tarikh tayangan : 9 Mac 2023
Produksi : Julian Cheah Pictures (Malaysia) Sdn. Bhd. & Full Billion Entertainment Sdn. Bhd
Distribution Company : Full Billion Entertainment Sdn. Bhd.
Pengarah : Don Hoe
Pelakon : Cheah, ChazyNash, Cik My, Tyty Nazmin
Sinopsis : Dua pasangan yang pergi beristirahat ke rumah negara mendapati bahawa mereka adalah sasaran kekuatan ghaib, dan harus berjuang keras untuk bertahan hidup. 

—OGOS 2023
filem melayu malaysia terbaru 2023

FILEM MALBATT MISI BAKARA
Tarikh tayangan : Ogos 2023
Pengarah : Adrian Teh
Pelakon : Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Dafi, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Gambit, Theebaan G dan ramai lagi.
Sinopsis : Kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993.

—OKTOBER
filem melayu malaysia terbaru 2023

WALID
Tarikh tayangan : oktobere 2023
Pengarah : Areel Abu Bakar
Terbitan : Layar Pictures
Tagline : Huruf itu cahaya ilmu

Filem akan datang - upcoming movies  2023

RAJA HITAM
Horizon Film Entertainment
Pengarah : Aliff Ihsan Rahman
Pelakon : Beto Kusyairy, Khir Rahman, Azizul Ammar

BATU SYAITAN
D-Bay Film Factory & Redfiress Film Prod.
Pengarah : Roy
Pelakon : Kudien Rafee, Puteri Lofea, Fezrul Khan, Reen Rahim, Adam Shahz, Imuda,J alaludin Hassan, Yassin Yahya

PADANG KERTAS
Horizon Film Entertainment
Pengarah : Khir Rahman & Sein Qudsi
Pelakon : Khir Rahman, Rosdeen Suboh, Jalil Hamid, Nam Ron, Fauziah Nawi, Vanidah Imran, Pekin Ibrahim, Ako Mustapha, Syed Muhammad Baqir, Avaa Vanja

MAHARAJA BOMOH
Pengarah : Roy
Pelakon : AC Mizal, Adam Shahz, Ain Sufiaa, Azlan Komeng, Imuda, Jalaludin Hassan, Lan Pet Pet, Nynaa Harizal, Syaiful Zero, Yassin Yahya

THE LORD : MUSANG KING
Hundred Years Popcorn Production Sdn. Bhd.
Pengarah : Khir Rahman & Sein Qudsi
Pelakon : Yusuf Bahrin, Harissa, Fimie Don, Azri Sabri, Hafidzuddin Fazil, Eddie Chow,Kwak Dong Hyuk, Kim Bo Yeon

DEAD BOYS CLUB 
Iron Hill Media
Pengarah : Gavin Yap
Pelakon : Sasidaran S, Lion Chong, Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki

MAT TUDUNG BEGIN
Rain Maker Creation
Pengarah : Fizz Fairuz
Pelakon : Fizz Fairuz, Isyariana, Achey, Mariam Kimchi, Kazar, Fazlina Ahmad Daud, Acong Sweetchild, Mimi Peri

JEMPUTAN KE NERAKA
AN Universal
Pengarah : Amor Rizan
Pelakon : Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nur Tinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Alif Hadi

SAADIAH : BEKAL KASIH MERDEKA
Pencil Pictures & Records
Pengarah : Ellie Suriaty
Pelakon : Khatijah Tan, Kaka Azraff, Azrel Ismail, Faizal Hussein

MARYAM PAGI KE MALAM
Anomalous Films & Rhu Graha
Pengarah : Badrul Hisham Ismail
Pelakon : Sofia Jane, Omar Abdullah, Roslan Madun, Azman Hassan, Pekin Ibrahim, Bella Rahim

WAR OF TERROR
Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro & Six Fun Media)
Pengarah : Kroll Azry
Pelakon : Aedy Ashraf,Farali Khan,Daiyan Trisha,Qi Razali,Kahoe Hon,Noki K-Clique,Samarinna Tolhip,Laura Olivia

MAGIK
42nd Pictures
Pengarah : Yasu Tanaka
Pelakon : Qisya Hairulzain, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Ruminah Sidek, Nam Ron, Iman Corinne Adrienne, Chacko Vadaketh, Sam Husny Hassan, Roy Azman, Eqif

MASTERPICISAN
Skop Production
Pengarah : Nam Ron
Pelakon : tidak diketahui

MUSYRIK
White Merpati Entertainment
Pengarah : Arjin Uppal
Pelakon : Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, Ruhainies, Aishah Alias, Arwan Umar, Qaseh Shuhada, Neera Azizi

ADIWIRAKU 2 - THE GEMENCHEH BOYS
SOL Pictures
Genre : Drama
Pengarah : Eric Ong & Jason Chong
Pelakon : Pekin Ibrahim, Farah Ahmad, Azman Hassan, Fara Fauzana

BANGLO SEKSYEN 12
Prisma Picture
Genre : Seram
Pengarah : Dharma
Pelakon : Mustaqim Bahadon, Intan Ladyana, Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Farah Shah & Windz Neom

INDERA
Greenlight Pictures, Lomo Pictures
Pengarah : Woo Ming Jin
Pelakon : Shaheizy Sam, Adlin Aman Ramlie, Azira Shafinaz

ROXANA
Nizra Entertainment
Pengarah : Reza Shukor
Pelakon : Raysha Rizrose, Amir Nafis, Anas Ridzuan, Jasper Supayah, Nazeera Sardi, Trisha Ooi, Mat London, Amen Khalid, Azam Rhadio

Akan dikemaskini dari masa ke semasa.
sumber gambar dan info : google, @FilemKita

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.