Header Ads

Resipi Nasi Goreng Ikan Masin Cendawan Enoki Masak Cara Fiza


Lama juga tak update resipi masak cara fiza. Bukan tak masak, tapi menu yang sama je. Takkan nak masuk menu sama je dalam blog. Jemu pula nanti. Tapi yang makan tak jemu-jemu. Hari-hari nasi goreng pun dia okay je. 

Blog masak cara Fiza sunyi sepi tanpa update. Update disini dulu lah resipi nasi goreng ikan masin cendawan enoki

Sejak suka masak kailan ikan masin, sentiasalah ada stok ikan malong masin yang jenis potongan isi tu. Bukan ikan mayong, silap pula dalam entry tu tulis ikan mayong.

Ikan malong masin taklah semasin ikan masin lain. Suka beli jenis potongan isi kecil-kecil tu senang nak makan atau campur dalam masakan. 

Encik suami bukanlah jenis pemakan ikan masin tapi jenis ikan masin macam tu dia boleh makan sebab tak masin dan tak berbau bila dimasak.

Sesetengah ikan masin ni bila digoreng semerbak baunya kadang. Memandangkan encik suami makan ikan masin ni. So saya pun masaklah ikan nasi goreng ikan masin menggantikan ikan bilis. Bahan lain macam biasa, cili api, bawang putih dan bawang kecil. Bahan-bahan kena tumbuk baru sedap.

Ada pula baki sebungkus cendawan enoki. Saya campak masuk dalam kuali buat tambah rencah memandangkan stok sayur lain tak ada. Tenggelam lemas terus cendawan enoki dalam nasi goreng. Nampak sikit-sikit je cendawan enokinya.

resepi nasi goreng cendawan enoki masak cara fiza

Semasa encik suami makan dia tanya saya, letak sotong ke? Taklah, letak cendawan enoki. Teringat sebelum ni pernah masak cendawan enoki butter anju viral tu, bagi arwah abah rasa. Arwah abah pun cakap macam sotong. 

Resepi nasi goreng cendawan enoki

Bahan-bahan
Nasi 
Cili api*
Bawang putih*
Bawang merah kecil (bawang rose)*
Isi ikan masin malong*
1 bungkus cendawa enoki (potong akar, basuh dan tos)
Minyak untuk menumis
1 biji telur
1/2 sudu besar serbuk pasti sedap

Cara penyediaan
  1. Tumbuk kasar bahan bertanda *. Ikan masin kalau tak nak tumbuk boleh potong kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau dan sedikit garing. Saya suka garing-garing ada hangus sikit.
  3. Pecahkan telur dan kacau. 
  4. Masukkan cendawan enoki dan kacau sekejap
  5. Masukkan nasi dan kacau rata. Sebelum tutup api, taburkan serbuk pasti sedap dan kacau lagi. Siap!
Serbuk pasti sedap boleh gantikan dengan garam sikit. Saya letak untuk penambah rasa sebab ikan masin tu tak masin sangat pun. Rasa nasi goreng ikan masin cendawan enoki yang sedap! Bertambah sedap bila bahan tu ditumbuk. Cubalah nanti.

8 comments:

  1. Akak suka ikan masin, tapi tak suka bila goreng berbau lekat satu rumah. Nampaknya kena cari ikan masin malong. Pertama kali dengar sebenarnya ni…hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, bab bau satu rumah tu yang tak suka sebab tu tak beli ikan masin jenis macam tu. Ni yang biasa biasa tak berbau sangat dan tak masin sangat. Ikan masin malong isi dia potong kecil kecil, biasanya orang campur dalam sambal acar buah ikan masin kot kalau tak silap lah. Nanti boleh cari kak.

      Delete
  2. menarik juga letak cendawan enoki dlm nasi goreng..

    ReplyDelete
  3. Saya nak cubaaaa ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Kalo ikan Masin saya tak suka kak, tapi Enoki suka sangaaaat. Tak terpikir pula masak nasi goreng pakai Enoki nih. Nak buatlah untuk sarapan esok ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba..Sedap juga tambah cendawan enoki...manalah tahu kena dengan selera :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.