Header Ads

Cara Buat Aduan Perosak Rumahtangga Dan Akibat Pernikahan Di Siam


Buka media sosial penuh dengan isu perosak rumahtangga dan curang. Tahu atau tidak, menganggu keharmonian rumahtangga orang lain boleh dipenjarakan atau didenda oleh Mahkamah Syariah. Jangan dibuat main. Sila cakna! 

Boleh buat aduan jika ada pengganggu atau orang ketiga yang mengganggu rumahtangga masing-masing.

Cara buat aduan jika ada orang ketiga yang menganggu rumahtangga

Sekiranya menjadi mangsa orang ketiga dan ingin membuat aduan, anda boleh kemukakannya melalui langkah berikut : 
1. Membuat aduan di Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, jabatan agama Islam negeri yang berdekatan.
2. Menjelaskan bentuk gangguan atau hubungan pasangan dengan orang ketiga dan kesannya terhadap rumah tangga. 
3. Mengemukakan bukti kukuh dalam bentuk dokumen atau saksi mengenai gangguan orang ketiga.
4. Aduan yang dibuat oleh mangsa akan disiasat secara terperinci oleh Pegawai Penguatkuasa dan jika ada bukti kes akan didakwa di Mahkamah Syariah. 
5. Jika disabitkan bersalah, orang ketiga tersebut akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan dalam undang-undang berkaitan.
sumber : twitter IamAjak

–Seksyen 32
Memujuk lari, membawa pergi atau mempengaruhi seorang perempuan yang telah bersuami supaya meninggalkan rumahtangganya.

–Seksyen 33
Menghalang pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri.

–Seksyen 34
Menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan kepada pasangannya atau keluarganya.

Jika bersalah, boleh dihukum penjara tidak melebihi 3 tahun, tidak melebihi RM5000 atau keduannya sekali (penjara dan denda).

cara buat aduan orang ketiga
sumber : Majlis Agama Islam Selangor

Bernikah atau berkahwin di Thailand bukan lagi perkara baru. Tapi janganlah menormalisasikan pernikahan atau berkahwin berpoligami di Siam. 

Walaupun sah dari segi hukum syarak tapi dari segi undang-undang tetap kena buat pengesahan di Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia.

Sketsa dari Filem Seniman Bujang Lapok (1961)
Tina : Ohhh...kau katakan malam-malam pergi meeting, pergi meeting. Rupanya datang sini, simpan perempuan yee

Abang Kus : Allah, sumpah Tina. Perempuan ni bukan aku simpan. Tapi bini aku nombor 2 Tina. Bukan orang lain, madu kau juga Tina.

Tina : Ohhh... bini kau nombor dua yaa. Kalau dulu aku takmo kahwin dengan kau, nak bunuh diri. Sekarang, dalam diam dah buat kira ye. Jantan tak guna. Nak mampus. Sepatutnya kau ditembak dengan senapang gajah.

Abang Kus : Allah! Sabar Tina, sabar...Kita orang Islam. Menurut undang-undang Islam boleh kahwin sampai 4 sayang. Ini baru 2. Lagi 2 dapat akan datang Tina. Entah next chance ka. Coming soon ka. Tina..Tinaa...

Tina : Ohhh...pasal nak berbini, ikut undang-undang Islam ya. Pasal sembahyang, puasa
 kenapa tak mahu ikut undang-undang Islam, huh?

Pesanan dari Aziz Satar
Aziz : Hei sedara! Sedara ni berbini dua memang pandai. Tapi undang-undang bodoh. Kalau nak berbini dua tu gilir-gilir lah. 1 hari sini, 1 hari sana. Baru adil.

Sketsa dari Filem Madu Tiga (1964)
Ani : Abang Jamil, Abang Jamil tak boleh cerai tau. Tapi Abang Jamil kena hukum. Hukumannya, malam ini Abang Jamil pulang rumah Kak Tipah. Besok malam rumah Cik Hasnah. Lusa malam, rumah Ani. Lepas tu rumah Kak Tipah. Lepas tu rumah Cik Hasnah. Lepas itu rumah Ani. Haa..begitulah seterusnya bergilir-gilir sampai Abang Jamil mampus!

Kesan akibat pernikahan di Siam

1. Kalau dia boleh langgar undang-undang yang ditetapkan oleh Malaysia untuk berpoligami, maka besar kemungkinan banyak restu yang dia tak dapat atau mungkin dia tak layak berpoligami.
2. Kalau suatu hari nanti, katakanlah jodoh pendek, dia ceraikan anda, pasti yang akan susah naik turun Mahkamah untuk buat pengesahan tu adalah si isteri.
3. ika anda melahirkan anak, ketahuilah anak-anak tersebut tidak boleh dibin atau bintikan kepada suami tersebut selagi tidak disahkan di Mahkamah Syariah.
4. kalau dia meninggal sebelum sempat buat pengesahan di Mahkamah, dokumen-dokumen pernikahan pulak hilang, apa pun bahagian faraid atau harta sepencarian anda tak layak tuntut.
5. Walaupun restu atau izin isteri pertama itu tak perlu bagi seseorang lelaki berpoligami, tapi perlu diingat, bimbang kerana kita mungkin sukar dapat kebahagiaan tanpa restu Ibu Bapa suami atau bimbang kerana kita menjadi penyebab sebuah rumahtangga itu runtuh.

Wallahu a'lam...

Fahmi Ramli
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak & Selangor
Fahmi Ramli & Co

sumber fb Fahmi Ramli

18 comments:

  1. Buat tidak baik dapat hasil tidak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap perbuatan pasti ada balasannya. Kifarah itu ada.

      Delete
  2. Takut. Tapi moga yang terkesan terus kuat dan tabah.

    ReplyDelete
  3. Bende ni harus diambil serious..
    Some people ambik mudah hal perkahwinan mereka..
    Di dunia ambik sambil lewa, di akhirat jenuh la nk jawab nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Communication is key dalam rumahtangga. Semoga rumahtangga yang dibina bahagia sampai syurga. Aamiin...

      Delete
  4. Hikmah timbul isu ni, barulah akak faham maksud gangguan ‘pihak ketiga’ tu meluas kepada sesiapa sahaja termasuklah ahli keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, contoh macam dalam drama. Ahli keluarga yang bersubahat pun boleh dikenakan denda.

      Delete
  5. Bagus hukuman di sana utk pelakor macam nih. Seandainya itu berlaku di Indonesia juga, dah banyak wanita atau laki2 yg merebut pasangan orang lain dihukum. Kenyataannya seperti tak terjadi apa2 ๐Ÿ˜ฎ‍๐Ÿ’จ. Cuma berharap je hal ini tak terjadi di rumah tangga kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..harap rumahtangga kita terpelihara.
      Memang bagus ada hukumannya supaya pelaku tak menganggu rumahtangga orang lain.

      Delete
  6. tq atas tipsnya kak. even kita bujang lagi.

    ReplyDelete
  7. Sbg pasangan mmg kita patut cakna pasal ni kan... slps kes puteri sarah sy pun br tau 'org ketiga' tu jugak boleh juga ahli keluarga... x terhad kpd si penyondol saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu KakMim. Betul, saya pun fikir yang penggangu tu hanya orang ketiga, rupanya sesiapa saja termasuklah ahli keluarga.

      Delete
  8. hmmm sukar bila ada pelakor ni :(
    scary. tak tau nak fikir apa la, fiza.
    apa yg penting, para isteri para suami, jaga la rumahtangga masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga rumahtangga kita semua terpelihara. Aamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.