Header Ads

Sambal Petai Ikan Bilis Pedas Tapi Sedap


Petai ni, ulam yang jarang-jarang dimakan. Dia kalau teringin baru beli. Itupun jenis petai dimasak sambal baru makan. Yang jenis mentah memang tak lalu nak makan.

Baru-baru ni balik Pilah kejap. Masa singgah membeli barang basah di kedai runcit tu nampaklah petai. Pesan pada encik suami beli petai sekali. Macam sedap je kalau masak sambal petai kan.

Seikat RM9, ada 9 papan tapi petai mata kecil lah. Kira okaylah tu kan. Buat rasa-rasa sudahlah. Balik rumah kita pun menyambal lah. Guna cili api kampung yang sememangnya podeh melaha. Lepas tu kononnya tambah extra tomato kurangkan pedasnya.

Eh..tak surut juga pedasnya. Tetap pedas! Tapi sedap. Pedas pedas pun habis juga. Stok sambal belimbing buluh kehabisan sudah. Jadi gunakan tomato. Malas nak masukkan asam keping. Masukkan tomato dapat juga buat tambah lauk dapat dimakan.

sambal petai ikan bilis

Sambal ikan bilis ni mudah je masak dia cuma masak tu kena lama sikit lah. Bahan-bahan pun tak banyak. Cili api, bawang merah, petai, ikan bilis dan tomato atau bahan-bahan masam seperti belimbing buluh, asam keping dan asam jawa.

Saya suka petai ikan bilis rangup. Gorengkan dulu ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan dulu. Dah nak masak sambalnya baru saya masukkan ikan bilis garing dan gaul bersama.

Untuk peminat tempoyak, boleh jadikan sambal petai ikan bilis tempoyak dengan cara tambah tempoyak dalam sambal. Ikut selera masing-masing.

Biasanya sambal petai ikan bilis digandingkan dengan telur goreng atau ikan goreng. Confirm menambah nasi! Orang diet jangan masak lauk ni. Rosak diet.

10 comments:

  1. Bestnya...lauk ni aje..pas tu goreng telur dadar or telur mata...memang laju la layan...eh nak cari ikan masin la,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kalau makan dengan telur dadar atau telur mata. Ada ikan masin bertambah selera lagi. hehe...

      Delete
  2. lauk mcm ni paling laju habiskan nasi.. hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Menu nie pun boleh buat bertambah nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..menu buat tambah nasi namanya. hehe...Kena masak cukup cukup nasi baru tak bertambah.

      Delete
  4. Petai itu fav kuu๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Mau diapain aja enak sih kak . Kalo di indonesia biasanya dibikin lalapan mentah, tapi makannya pakai sambel. Atau dicampur ke nasi goreng, sambel goreng ati, dan Bbrp menu lain. Semuanya saya sukaaa ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Tapi butuh waktu memang, Krn sebelumnya pun saya susah nak makan petai. Lama2 kok jadi sukaaa ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..petai ni masak apa pun sedap sebenarnya kan. Saya makan pun dalam masakan sambal je. Nasi goreng macam kurang gemar. Itulah tu, tak kenal maka tak cinta...hehe...Dah tersuka tanpa sengaja :)

      Delete
  5. org tak makan petai ni hanya mampu tgk je hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.