Responsive Ad Slot

Slider

Doa Bulan Rejab Serta Amalan-Amalan Sunat Yang Digalakkan

bulan rejab 2023 amalan bulan rejab jakim amalan bulan rejab doa bulan rejab puasa rejab 2023 bulan rejab dan kelebihannya doa sepanjang bulan rejab
Saat berkumandangnya azan Maghrib, masuklah 1 Rejab. Jadi, 23 Januari 2023 bermulalah 1 Rejab. Selamat menyambut bulan Rejab 1444 Hijrah kepada sekalian umat Islam.

Marilah sama-sama kita mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan meningkatkan keimanan, ketaqwaan, amalan wajib, serta memperbanyakkan amalan-amalan sunnah serta berdoa agar diberi keberkahan seterusnya dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan.

Doa masuk bulan Rejab

Rasulullah S.A.W mempersiapkan diri pada dua bulan sebelum Ramadhan, iaitu mempersiapkan diri secara rohani. Rasulullah S.A.W berdoa :
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan bulan Sya’ban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.” —HR. Imam Ahmad, dari Anas bin Malik

Marilah kita mempersiapkan diri memasuki bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan.

Doa dan Amalan Bulan Rejab

Bulan Rejab dan Kelebihannya

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab.

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya. 

Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). —Mukhtar al-Shihah, 118

Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijriah dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya. Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir (Jamadil Akhir) dan selepasnya adalah Sya’ban.

Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.—Tafsir Ibn Kathir, 4:130

Dari perkongsian Ustaz Don Daniyal, berikut cadangan aktiviti malam 1 Rejab 1444H sempena Malam Mustajab Doa.

8 cadangan aktiviti malam 1 Rejab 1444H sempena Malam Mustajab Doa yang merupakan 1 Bonus

1) Majlis Ilmu. Dalam Majlis Ilmu sentiasa ada doa.
2) Majlis Bacaan Yaasiin & Tahlil Arwah.
3) Majlis Bacaan Doa Selamat.
4) Majlis Zikir. Zikir-zikir dalam wirid, ratib, hizib, dan lain-lain hat kita biasa baca tu, semua tu doa la tu.
5) Majlis Bacaan Maulid. Ini pun penuh dengan doa dan mohon syafaat Rasulullah ‎ﷺ .
6) Belanja makan. Sekurang-kurang ada doa makan yg mintak keberkatan. Cuma, jangan lupa doa orang yang belanja kita. 
7) Bagi sedekah. Bukan online saja. Bagi sedekah di rumah anak yatim ke, orang susah ke, orang miskin ke, rakan atau keluarga yang dalam belenggu hutang ke. Lepas tu, minta depa tolong doa kat kita. Apa hajat kita, bagitahu dia. Minta tolong dia doa.
8) Perbanyak solat sunat. Dalam solat dan hujung solat, dan lepaih solat banyak momen untuk doa.
9) Baca Quran. Sambil-sambil baca ayat pasal azab, doa mintak lindung. Sambil-sambil baca doa nikmat & syurga, mintak masuk. Sambil-sambil tu, ready jugak nak sambut Ramadhan. Kan?

Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah :
  • Berpuasa
  • Memperbanyakkan bersedekah
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  • Memperbanyakkan berzikir
  • Memperbanyakkan solat-solat sunat

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita serta memasukkan kita dalam dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Amin.

Wallahua'lam

sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/tahqiq-al-masail/888-tahqiq-masail-siri-ke-3-bulan-rejab-dan-isu-isu-berkaitan-dengannya
4
( Hide )
  1. Replies
    1. Selamat menyambut bulan Rejab dan selamat beramal :)

      Delete
  2. Salam Rejab ye.. Moga diberi kekuatan mengharunginya..Moga sampai ke Ramadan. Aamin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Selamat menyambut bulan Rejab dan selamat beramal juga :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu