Header Ads

Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu (TV9)


Tonton Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu, telefilem Cerekarama TV3 ulang siaran pada hari Isnin, 9 Januari 2023 pukul 8:30 malam di slot Skrin di 9 TV9.

Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu, telefilem arahan Ellie Suriaty Omar dibintangi pelakon Janna Nick, Johan As'ari, Azri Iskandar, Aida Aris dan ramai lagi. Juga boleh tonton Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu secara online menerusi portal tonton atau xtra.

TELEFILEM ANAK IBU BUANGAN IBU

Waktu siaran : Isnin, 9 Januari 2023, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Skrin di 9 TV9
Pengarah : Ellie Suriaty Omar
Produksi : Art Ornament Sdn. Bhd.

tonton telefilem anak ibu buangan ibu tv9

PELAKON ANAK IBU BUANGAN IBU

Johan As'ari
Janna Nick
Aida Aris
Azri Iskandar
Lydiawati

SINOPSIS ANAK IBU BUANGAN IBU

Hanim dan Roslan mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Putri Aisyah apabila perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak. Kasih sayang yang diberikan kepada Putri bagai menatang minyak yang penuh. Semuanya tampak indah sehinggalah sikap Putri mula berubah apabila menginjak remaja.

Putri berlakon baik di depan Roslan setiap kali Roslan pulang ke rumah. Putri yang masih belum menamatkan pangajian tiba-tiba mendesak ibu bapanya untuk berkahwin dengan Shah. Belum pun reda kesedihan Hanim, dia diuji apabila Putri mahu berpindah keluar dan seolah-olah menyisihkan Hanim dan Roslan dalam hidupnya.

Puteri terkejut apabila mendapati yang selama ini suaminya ialah pengedar dadah. Dia mula mencari Hanim semula untuk menumpang kasih tetapi mereka telah berpindah. Putri bertambah sedih apabila baru mendapat tahu bahawa dia sebenarnya hanyalah seorang anak angkat.

LAGU TEMA (OST) ANAK IBU BUANGAN IBU

Lagu : Hatimu Milikku
Penyanyi : Akim 

Lagu : Jeritan Batin Ku
Penyanyi : Janna Nick 

2 comments:

  1. barisan pelakon yg bagus, fiza.
    tak tgk citer ni. nanti nak try cari di utube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pelakon hebat-hebat. Cerita ni buat pengajaran juga. Bolehlah tengok kat YT kalau ada.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.