Anak buah sorang ni pantang dipelawa, nak ikut saja. Lepas tu mulalah bagi ayat manis "please" kat Mak Ngah dan Mak Ngah dia ni. Kalau sebelah encik suami kira pangkat Mak Ngah lah sebab encik suami anak nombor 2. Kalau sebelah saya, ucu dan Paksu.
Petang-petang lagi dia dah semangat nak ikut keluar. Laju je pergi mandi bila cakap nak keluar jalan. Haa ye lah, kita layankan dia bawa jalan-jalan. Belum keluar rumah dah ajak pergi tengok Dinosaur. Sebelum ni dia pernah pergi sebenarnya. Saja nak tengok lagi.
Kita pun bawalah. Boleh tumpang seronok sekali. Budak-budak seronok, orang dewasa pun seronoklah melayan.
Pameran Dinosaur Adventure bermula dari 22 Disember 2022 sehingga 21 Januari 2023 di parkir berbumbung Giant Kuala Pilah. Lebih kurang sebulan lah tempoh pameran Dinosaur Adventure ni.
Bayaran masuk RM10 tak kira dewasa atau kanak-kanak. Percuma untuk 5 tahun kebawah. Tentang bayaran masuk ni sepatutnya ada beza tiket dewasa dan kanak-kanak. Kalau anak ramai tu, kena fikir banyak kali juga nak masuk, kan?
Okaylah, tentang harga tolak tepi. Kita layankan je si kakak yang seronok sangat nak datang sini. Kita pun suruh lah posing macam tu macam ni. Posing taknak kalah si kakak ni dengan baby Dino. Sebenarnya baby Dino ni dalam telur yang dah menetas. Encik suami suruh kakak pegang. Berani pula si kakak ni.
Ini pula telur dinosaur saiz giant. Ada ruang dalamnya. Bolehlah budak-budak masuk posing dalam telur ni. Acah-acah anak dinosaur.
Sebelahnya ada dinosaur yang boleh terbang. Semua nama-nama dinosaur ni saya tak tahu sebab tak ada apa-apa maklumat tentang setiap dinosaur yang dipamerkan.
Bagus kakak ni, Mak Ngah suruh posing dia ikutkan je. Model terpaling dengar cakap ni. Good girl!
Posing lagi dengan dinosaur yang agak besar dari yang awalnya mula-mula masuk. Baru perasan ada banner tentang setiap dinosaur. Tapi kenapa letak dibelakang dan satu tempat je. Tersorok disebalik Dinosaur besar pula tu. Ayoyo...ini macam pun ada ka?
Jumpa lagi dinosaur yang besar juga tapi ada bunyi dan bergerak. Dinosaur yang besar yang berbunyi dan bergerak ni si kakak takut nak dekat. Nak bergambar pun kena berteman.
Okay yang ni saya tak tahu apakah namanya. Nampak macam orang utan. Terpaling menyeramkan sebab nampak macam real betul rupanya. Rasa macam hidup pula!
Orang dewasa pun dah nampak seram, inikan budak-budak. Lagilah takut nak dekat. Ambil gambar pun berteman juga.
Ini pula Dinosaur terpaling giant terpaling win terpaling ganas lah kot. Bunyi kuat dan bergerak juga. Ini paling ditakuti kakak. Lansung takut nak bergambar dekat. Ambil gambar dari jauh. Suruh senyum, dia senyum.
Akhir sekali, pameran mini dino dalam bekas kaca. Tak silap ada 4 kotak kaca kot. Letak satu je lah dalam entri.
Tak banyak. Dinosaur yang ada pun seperti dalam gambar di atas. Tak banyak mana. Korang rasa berbaloi tak dengan harga tiket masuk tu? Entahlah ye...
Ikutkan memang tak berbaloi sebab tak puas, dinosaur sikit dan tempat agak kecil. Tahu-tahu dah habis tengok. Anak buah sampai ajak pusing 2 kali. Itupun ajak tengok lagi tapi disebabkan nak balik cepat tak sempat nak pusing ketiga kali.
Ikutkan memang tak berbaloi sebab tak puas, dinosaur sikit dan tempat agak kecil. Tahu-tahu dah habis tengok. Anak buah sampai ajak pusing 2 kali. Itupun ajak tengok lagi tapi disebabkan nak balik cepat tak sempat nak pusing ketiga kali.
Tapi kalau budak-budak suka kira berbaloi lah dapat gembirakan mereka. Sekali tu je lah perginya pun. Nak puas tengok kena pergi Dinosaur Encounter Zoo Melaka lah jawabnya. Merancang juga nak ke Zoo Melaka bawa dorang ni tapi itulah tak kesampaian lagi.
Pameran Dinosaur Adventure ni sejenis pameran bergerak. Kejap sana kejap sini. Mungkin tiket mahal sebab nak cover segala kos pengangkutan, sewa tapak dan sebagainya. Yang bagusnya bila bergerak ke sana kesini, adalah peluang orang yang dekat-dekat tengok pameran Dinosaur Adventure ni.
Bab tiket tu rasanya lebih baik buat harga berbeza. Dewasa RM10, kanak-kanak RM5 ke kan. Sebab kalau RM10 untuk setiap orang mesti mak ayah fikir banyak kali nak bawa anak masuk kalau ramai-ramai. Tapi siapalah kita nak ubah-ubah harga tiket tu. Bagi pendapat bagi pihak je bolehlah.
Lagi satu, kena lah letak maklumat di setiap Dinosaur. Nama pun pameran kan. Kalau tiket berpatutan dan setup baik punya mesti ramai yang akan datang.
Comelnya anak buah akak. Betul tu, pameran best kalau ada informasi juga, boleh lah kita tambah ilmuuu
ReplyDeleteHihi..bab posing serah kat dia. Itulah tu, kalau ada informasi lebih bagus kan.
Deletewah, dinasour di kuala pilah.
ReplyDeleteyg kat zoo melaka pun aida lom gi jengah, fiza.
masa yg ada terhad.
and seriously, zoo melaka penuh setiap weekend :)
tu yg dok bertangguh.
Ya, pameran yang hanya sementara. Bolehlah tengok tengok buat hiburkan anak anak gitu. Itulah tu, nak pergi risau ramai orang je. Maka tertangguh lah lagi.
Deletebenar. info lengkap penting.
ReplyDeletepameran gini bukan sekadar suka2, kan.
ia dtg dgn ilmu, tu yg best jika bawa anak2.
tak la hiburan semata.
Sepatutnya begitulah. Barulah seiring dengan nama pameran ada maklumat bukan sekadar suka tengok. Kalau tidak macamana pengunjung nak tahu kan.
DeleteIya yaaa, seharusnya informasi ttg dinosaurus nya dibuat jelas, jadi pengunjung bisa tahu jenis apa yang sedang mereka lihat. Kalo letaknya tersembunyi gitu macam mana tahu . Apa dipikir visitors hanya nak foto2, tak nak baca informasi 😄.
ReplyDeleteAnak saya yg suka sangat dino kak. Mungkin dia bakal seneng kalau diajak kesana. Tapi dia termasuk yg suka penasaran dengan informasinya
Sepatutnya begitulah. Kena ada informasi jelas baru dapat ilmunya dan kenal jenis jenisnya.
DeleteKalau begitu kena pergi tempat pameran Dino yang proper lagi.
Comelnya dia.. layan je arahan mak ngah suruh posing ye..
ReplyDeleteHaha..kena patuh arahan makngah :)
Delete