Drama Projek High Council (Astro Ria)
Drama Projek High Council, sebuah drama siri premium Astro Originals. Tonton Projek High Council episode 1 secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula pada 14 Januari 2023 setiap Sabtu dan saluran 104 Astro Ria mulai 23 Januari 2023, setiap Isnin pukul 9.00 malam.
Projek High Council dibarisi pelakon -pelakon hebat serta pelakon baru seperti Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Shasha Abedul, Mierul Aiman, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak, Hasnul Rahmat, Aida Aris dan ramai lagi.

Daiyan Trisha sebagai Mia
Mierul Aiman sebagai Fakhri
Amir Ahnaf sebagai Kahar
Yusof Hashim sebagai Amerr
Fazziq Muqris sebagai Zahrin
Sathisvaran M Magesvaran sebagai Prakash
Fadhli Masoot sebagai Hakeem
Hazeeq Dean sebagai Ariz
Drama Projek High Council 10 episod merupakan sebuah kisah fiksyen yang dinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di sekolah Malaysia. Projek High Council mengetengahkan isu yang pernah menggemparkan negara iaitu kemunculan kumpulan gengsterism di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh.
Secara tidak lansung membawa penonton menyelami permasalahan dalam kalangan remaja yang tinggal di asrama bukan hanya segi luaran sahaja tetapi juga dari sudut emosi dalaman remaja yang berdepan dengan kepincangan sistem kekeluargaan, konflik serta isu seperti buli, psikologi dan pengaruh rakan sebaya di sekolah.
High Council menekankan jalan cerita yang lebih kasar dan matang tentang kehidupan pelajar di sebuah asrama selain memahami erti sebenar di sebalik menjadi seorang lelaki sejati.
DRAMA PROJEK HIGH COUNCIL
Jumlah episod : 10Penulis skrip : Anwari Ashraf
Pengarah : Anwari Ashraf & Zulaikha Zakaria
Produksi : Pasal Productions Sdn. Bhd.
Siaran TV : On Demand/ Astro Go
Mula siaran : 14 Januari 2023
Waktu siaran : Setiap Sabtu
Siaran TV : Astro Ria (CH104)
Mula siaran : 23 Januari 2023
Pengarah : Anwari Ashraf & Zulaikha Zakaria
Produksi : Pasal Productions Sdn. Bhd.
Siaran TV : On Demand/ Astro Go
Mula siaran : 14 Januari 2023
Waktu siaran : Setiap Sabtu
Siaran TV : Astro Ria (CH104)
Mula siaran : 23 Januari 2023

PELAKON DRAMA PROJEK HIGH COUNCIL
Nadhir Nasar sebagai NaimDaiyan Trisha sebagai Mia
Mierul Aiman sebagai Fakhri
Amir Ahnaf sebagai Kahar
Yusof Hashim sebagai Amerr
Fazziq Muqris sebagai Zahrin
Sathisvaran M Magesvaran sebagai Prakash
Fadhli Masoot sebagai Hakeem
Hazeeq Dean sebagai Ariz
Ben Tan sebagai Mr. Sin
Naim Daniel
Kahoe Han
Shasha Abedul
Ameer Asyraf
Yusof Hashim
Nik Rifaie
Fikri Azmy
Azhar Sulaiman
Sazzy Falak
Hasnul Rahmat
Aida Aris
Edika Yusof
Naim Daniel
Kahoe Han
Shasha Abedul
Ameer Asyraf
Yusof Hashim
Nik Rifaie
Fikri Azmy
Azhar Sulaiman
Sazzy Falak
Hasnul Rahmat
Aida Aris
Edika Yusof
Muzayyin Mahyuddin
SINOPSIS DRAMA PROJEK HIGH COUNCIL
Demi niat untuk berubah pada usia 15 tahun, Fakhri laitu seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama lelaki berprestij tinggi iaitu Kolej Ungku Dramat (KUDRAT).Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat hierarki High Council.
Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang 'plihanraya', pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan 'kepala' di sekolah tersebut.
Walaupun dia tahu pilihannya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fahkri merebut takhta menjadi 'kepala'?
Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya?
Menarik jalan ceritanya
ReplyDeleteKisah yang menarik inspirasi dari kisah benar yang berlaku. Boleh tengok nanti :)
Deletemenarik juga jalan cerita dia tu ada pengajaran yg boleh dicedok
ReplyDeleteYa, cerita menarik ada perkara baik yang boleh dicedok.
Deletemcm best ja.. tp kalau yg ber episod ni busyra susah nak konsisten.. hehe
ReplyDeleteBiasa kalau trending baru layan..hihi...marathon terus cepat habis.hehe...
Delete