Drama Bukan Syurga Pilihan (Astro Prima)

Tonton Drama Bukan Syurga Pilihan, drama adaptasi novel Gantung karya AH Clans bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6:00 petang bermula 2 Januari 2023 di Slot Tiara Astro Prima (CH105). 

Bukan Syurga Pilihan, drama melayu Astro bersiri 40 episod dibintangi pelakon utamanya Nadiya Nisaa dan Ungku Ismail Aziz yang juga sebagai pengarahnya.

DRAMA BUKAN SYURGA PILIHAN

Jumlah episod : 40
Mula siaran : 2 Januari 2023
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, pukul 6:00 petang
Siaran TV : Slot Tiara Astro Prima
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Produksi : MIG Productions Sdn. Bhd.
Pelakon : Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa, Azizah Mahzan, Fezrul Khan, Aishah Ilias, Fathil Dani, Ady Mohammad, Zarina Zainoordin, Nasz Sally, Mardiana Alwi

tonton bukan syurga pilihan astro prima online
Bukan Syurga Pilihan gandingan Ungku Ismail dan Nadiya Nisaa

PELAKON DAN WATAK

  • Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff
  • Nadiya Nisaa sebagai Tihani Zahira
  • Azizah Mahzan sebagai Toh Puan Ulya/ Dato' Ilya
  • Fezrul Khan sebagai Zaid
  • Mardiana Alwi sebagai Syahrini
  • Aishah Ilias sebagai Puteri Sofea
  • Fathil Dani
  • Ady Mohammad sebagai Nizam
  • Neera Azizi sebagai Tina
  • Zarina Zainoordin
  • Nasz Sally

SINOPSIS DRAMA BUKAN SYURGA PILIHAN

Tihani Zahira (Nadiya Nisaa), seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid. Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu.

Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira.

Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya rancangannya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani dan wanita itu dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka.

Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani.

Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali.

Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu.

Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka.

4 comments:

  1. pelakonnya bagus2, fiza.
    cuma tu la, kul 6 ptg tu, memang aida sedang bersilat di dapur :) ha ha ha
    tak dpt la nak nonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pelakon lama yang hebat. Ikut masa dia memang tak sempat. Kena tengok online boleh tengok bila bila masa free :)

      Delete
  2. rumit juga jalan ceritanya.. Pelakon dia menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh emosi tengok. Pelakon hebat-hebat dalam drama ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.