Header Ads

Filem Imam Di Pawagam 2 Mac 2023


Imam, sebuah filem adaptasi novel Sasterawan Negara, Almarhum Abdullah Hussain. Novel Imam diterbitkan pada 1995 adalah pemenang pertama Hadiah Sako tahun yang sama. Filem Imam dibintangi pelakon-pelakon hebat iaitu Dato' M. Nasir, Faizal Hussein, Vanidah Imran dan ramai lagi dibawah arahan Mior Hashim Manap.

Tonton Filem Imam adaptasi dari naskah Sasterawan Negara Abdullah Hussain di pawagam seluruh Malaysia pada 2 Mac 2023.

FILEM IMAM

Mula tayangan : 2 Mac 2023
Pengarah : Mior Hashim Manap
Produksi : Alkahfi Pictures

filem imam 2023 full movie

PELAKON FILEM IMAM

Dato M. Nasir sebagai Haji Mihad
Faizal Hussein sebagai Haji Syamsuri
Vanidah Imran sebagai Rubiah
Natasha Charmaine sebagai Siti Nur Aisyah
Omar Abdullah sebagai Dato Berseban Merah
Sophia Ibrahim sebagai Hajah Syamsiah
Dato Jaludin Hassan sebagai YDP Majlis Agama
Dato Rahim Razali sebagai Haji Abdul Rahman
Noramin Mosyi Mosyi sebagai Haji Daud
Dewa Sapri sebagai Bilal Haji Kulub
Sani Sudin sebagai Parman
Rahim Jailani sebagai Haji Omar
Rasdi Daud sebagai Lebai Saat

SINOPSIS FILEM IMAM

Mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. Imam Haji Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama.

2 comments:

  1. Menarik sinobsis nya. Teringin nak nonton, tapi tak bisa 😅. Tapi jadi ingat saat ada ajaran baru yang dibawa seorang imam Bbrp tahun lalu, dan langsung bikin kehebohan di Indonesia. Sampai skr ajarannya masih ada, tapi banyak lah yg menganggab sesat Krn memang menyimpang sangat dengan ajaran Islam.

    Terkadang yg begini perlucampur tangan para pemuka agama supaya umat yang tidak terlalu paham agamanya, jadi mengerti mana yg benar, mana yg sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Fanny. Biar tiada ajaran sesat bertebaran. Risau juga kalau ada pentaksub agama yang bawa ajaran sesat.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.