Senarai 25 Lokasi Skrin Besar Siaran Lansung Separuh Akhir 2 Thailand Vs Malaysia Piala AFF 2022

Siaran Lansung (Live) Separuh Akhir 2 Thailand Vs Malaysia Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang berlansung pada hari Selasa 10 Januari 2023 di Stadium Thammasat Thailand akan disiarkan menerusi saluran 801 Astro Arena, saluran 802 Astro Arena 2, Astro Go, RTM TV2, Sukan RTM dan TV Okey.

Juga boleh strim percuma online menerusi portal rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi RTM Klik, siaran perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan.

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menambah 11 lagi lokasi skrin besar siaran lansung Perlawanan Separuh Akhir 2 Thailand vs Malaysia menjadikan 25 lokasi di seluruh negara berbanding 14 lokasi pada Separuh Akhir 1 Malaysia vs Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu 7 Januari 2023 yang lalu. Tayangan bermula pada pukul 8:00 malam.


Thailand vs Malaysia
Waktu siaran : Selasa, 10 Januari 2023, pukul 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM)), RTM Klik
Venue : Stadium Thammasat, Bangkok, Thailand

sumber : Kementerian Belia Sukan

Senarai 25 Lokasi Skrin Besar Siaran Lansung Separuh Akhir 2 Thailand Vs Malaysia Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

KUALA LUMPUR
  • Dataran Merdeka

SELANGOR
  • Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
  • Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Selangor
  • Dataran MPKJ @Stadium Kajang, Kajang, Selangor
  • Dataran Sungai Tua, Batu caves, Selangor
  • Pekarangan Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor
  • Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor

WP PUTRAJAYA
  • Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

NEGERI SEMBILAN
  • Kompleks Beli & Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

MELAKA
  • Dataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pulau Melaka, Melaka

JOHOR
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor

PAHANG
  • Dataran Teluk Cempeedak, Kuantan, Pahang
  • Taman Kerang, Kuantan, Pahang
  • Pasar Dinda, Kuantan, Pahang
  • Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang

KELANTAN
  • Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan

TERENGGANU
  • Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu

PERAK
  • Dataran KTM, Ipoh, Perak

PULAU PINANG
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang

KEDAH
  • Dataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar, Kedah

PERLIS
  • Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis

SARAWAK
  • Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak
  • Container City, Wireeless Walk, Miri, Sarawak

SABAH
  • Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
  • Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.