Pembayaran fasa pertama melibatkan 8.7 juta rakyat bernilai RM1.67 juta dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di pangkalan data STR yang dahulunya BKM.
Penerima STR yang tiada mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran STR pada tarikh yang sama dan boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023
Jika penerima tidak berkemampuan untuk menuntut atas sebab tiada kenderaan, sakit,uzur, OKU atau sebagainya, penerima boleh meminta wakil untuk mengambil Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tersebut di mana-mana cawangan BSN. Wakil perlu membawa dokumen yang diperlukan.
Jika penerima tidak berkemampuan untuk menuntut atas sebab tiada kenderaan, sakit,uzur, OKU atau sebagainya, penerima boleh meminta wakil untuk mengambil Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tersebut di mana-mana cawangan BSN. Wakil perlu membawa dokumen yang diperlukan.
sumber : LHDN |
Dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian STR Fasa 1 di BSN
Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut :2. Kad pengenalan (asal) waris dan
3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
- Pasangan : sijil perkahwinan ATAU sijil lahir anak
- Ibu / Bapa : Sijil kelahiran penerima
- Anak : Sijil kelahiran waris
- Anak Angkat : Sijil anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN ATAU Pengesahan Agensi Kerajaan (jika pemohon tiada sijil angkat) iaitu Mahkamah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Anak Tiri : Sijil lahir waris (anak tiri) DAN Sijil perkahwinan Ibu / Bapa Tiri
- Adik Beradik : Sijil Kelahiran Penerima DAN Sijil kelahiran waris
- Cucu : Sijil Kelahiran Waris (Cucu) DAN Sijil kelahiran ibu / bapa kepada waris
4. Dokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penunaian
- Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti) atau Tempoh masa Surat Pengesahan iaitu terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara atau sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023)
- Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara atau
- Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital atau
- Surat pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak atau
- Kad Orang Kurang Upaya (OKU)
Cara buat semakan status pembayaran STR Fasa 1 2023
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 1
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- Hubungi LHDNM : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Cara untuk membuat semakan STR melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my
Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti
berikut :
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan Nama Pemohon, No Mykad Pemohon, Status Permohonan, Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Sumber : FAQ Pembayaran Fasa 1 STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
banyak jg tu doc yg diperlukan... yalah yg melibatkan duit ni mmg banyak prosedurnya
ReplyDeleteSikit je tu Anies cuma banyak pilihan kategori, tu yang jadi macam banyak sangat tu.
Delete