Header Ads

Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang Di Pawagam 2 Februari 2023


Tonton Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Februari 2023. Kisah tentang Special Task And Rescue (STAR) atau Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim dibintangi pelakon Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Hazama, Julia Farhana, Fizz Fairuz, Wanna Ali, Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Iman Zulkarnaian, Azlan Komeng, Yuzz Nor, Kodi Rasheed dan ramai lagi.
Tiada Pengakhiran untuk setiap Perjuangan…

FILEM COAST GUARD

Tarikh tayangan : 2 Februari 2023
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Arie Zaharie Production
Genre : Aksi


PELAKON FILEM COAST GUARD

Saharul Ridzwan sebagai Leftenan Maritim Hafiz
Adlin Aman Ramlee
Julia Farhana Marin sebagai Leftenan Melati
Hazama Azmi Hazama Kadok
Sabri Yunus sebagai Pak Am
Aziz M. Osman sebagai Rahmat
Sherie Merlis sebagai Khatijah
Akmal Ahmad sebagai Rima
Wanna Ali sebagai Nadia
Azlan Komeng sebagai Pak Tam
Yuznor sebagai Mambang
Trisha Ooi sebagai Trisha
Kodi Rasheed sebagai Bintara Muda (M) Mat Bon
Fizz Fairuz sebagai Bintara Muda (M) Norman
Aman Nassim sebagai Bintara Muda (M)Jambu
Iman Zulkarnain sebagai Bintara Muda (M) Iman
Gambit Saifullah sebagai Bintara Muda (M) Shamil
Eqy Affandi sebagai Bintara Muda (M) Eddy

SINOPSIS FILEM COAST GUARD

Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) iaitu Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau kerana mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) setelah kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi menyelamat. 

Hafiz juga membawa tunangnya, Nurul untuk tinggal bersamanya setelah memutuskan untuk berkahwin dengannya. Namun, ketika majlis sambutan pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapanya serta beberapa orang tetamu lain termasuk beberapa anggota maritim lain untuk dijadikan tebusan. 

Melati (Julia Farhana), seorang anggota maritim telah ditugaskan untuk menyelesaikan krisis dan menumpaskan kumpulan penjenayah tersebut telah menemui dan menyelamatkan Hafiz dan bapa Nurul. Berdendam dengan penjenayah tersebut, Hafiz berganding bahu dengan Melati demi menyelamatkan buah hatinya dan tebusan-tebusan lain.

LAGU TEMA (OST) FILEM COAST GUARD

Lagu : Yes Sir
Penyanyi : Zamani Slam dan Ariff Peter

16 comments:

  1. hebat hebat pelakonnya. Filem macam ni la kita kena bawa anak anak menonton. ada nilai moral, ilmu dan pengajaran

    ReplyDelete
  2. ok yang ni serius nak pergi tengok..da aim dari bulan lepas hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..mesti tak sabar nak tengok. Selamat menonton :)

      Delete
  3. Wah cam menarik..ok bole tgk wiken pnjg ni haha

    ReplyDelete
  4. Menarik ni, filem aksi. Taklah bosan menonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul..Tak sempat bosan kan kalau tengok filem aksi.

      Delete
  5. Saya suka film action macam nih. Sayang tak masuk ke Indonesia. Tapi berharap setelah dari pawagam, bisa masuk ke Netflix, jadi saya pun nanti bisa tonton 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem aksi memang seronok tengok, tak bosan. Kalau ada masuk Netflix bolehlah tengok nanti kan :)

      Delete
  6. Filem yang ditunggu-tunggu . Dah leluar kat pawagan . Ada masa nanti nk ajak encik suami pergi tengok.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.