Kemuliaan bulan Rejab juga terletak pada peristiwa Israk Mikraj, satu mukjizat Nabi Muhammad SAW yang perlu dihayati dan ambil iktibar daripadanya.
Pada bulan Rejab, umat Islam digalakkan untuk perbanyakkan ibadah. Ini juga sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Pada bulan Rejab, umat Islam digalakkan untuk perbanyakkan ibadah. Ini juga sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ialah :
Pada bulan Rejab, digalakkan berpuasa sebanyak mana hari atau sepanjang bulan.
- Berpuasa
- Memperbanyakkan bersedekah
- Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
- Memperbanyakkan berzikir
- Memperbanyakkan solat-solat sunat
baca juga : doa dan amalan bulan Rejab
Pada bulan Rejab, digalakkan berpuasa sebanyak mana hari atau sepanjang bulan.
Niat puasa sunat Bulan Rejab
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَىNawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”
Niat ganti puasa Ramadan/ Niat Qadha’ Puasa Ramadan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَىMaksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”
Waktu niat puasa
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW :مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ
Maksudnya : Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya. —Riwayat al-Nasaie (2334)
— sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4817-al-kafi-1798-apakah-lafaz-niat-puasa-ganti
—sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4573-al-kafi-1743-hukum-gabungkan-niat-puasa-puasa-sunat
Hukum menggabungkan puasa sunat dan puasa ganti (Qadha)
Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.—sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4573-al-kafi-1743-hukum-gabungkan-niat-puasa-puasa-sunat
Sebahagian ulama’ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.
Kesimpulan
Dalam kita perbanyakkan beribadah pada bulan Rejab, harus diingat bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan khusus.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, tiada hadis sahih yang menyatakan bulan tersebut mempunyai keistimewaan seperti amal ibadat tertentu.
—sumber :https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2354-irsyad-al-hadith-siri-ke-261-ganjaran-bulan-rejab
Salah satu hadis yang menjelaskan mengenai bulan Rejab adalah seperti berikut :
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata : “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. —Tabyin al-‘Ajab, 9
Namun begitu, ini tidak menghalang seseorang untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah, berzikir serta ibadah lain dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.
Ini kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.
Wallahua'lam
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama-sama Lyana :)
Delete