Lirik Lagu Nuha Bahrin, Naufal Azrin - TAKKAN MENGALAH

Nuha Bahrin dan Naufal Azrin bukan lagi nama baru. Terkenal dengan lagu Casablanca yang menaikkan nama mereka berdua, kembali dengan single baru bertajuk Takkan Mengalah selepas lagu 'Jika' yang diberi nafas baru dengan versi Arab.

Lagu Takkan Mengalah, single terbaru Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang merupakan lagu tema (OST) Drama Lagenda Puteri Qaseh

Drama Lagenda Puteri Qaseh, drama siri original terbaru di saluran Astro Ceria yang mula bersiaran pada hari Isnin, 9 Januari 2023setiap Isnin pukul 9:00 malam. 

Muzik rasmi lagu Takkan Mengalah telah disiarkan di Youtube channel Astro Ceria pada 2 Januari 2023. Lagu Takkan Mengalah mengenai ketabahan seorang Puteri raja seiring dengan Drama Lagenda Puteri Qaseh.

Lagu : Takkan Mengalah
Penyanyi : Nuha Bahrin ft Naufal Azrin
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K, John Jeeves 
Lirik : Firdaus Rahmat, Omar K, John Jeeves

Lirik Lagu Nuha Bahrin Naufal Azrin TAKKAN MENGALAH
Takkan Mengalah- Nuha Bahrin ft Naufal Azrin

Lirik Lagu Nuha Bahrin, Naufal Azrin- TAKKAN MENGALAH

[Nuha]
Aku tak tahu
Apa yang mereka mahukan
Aku tak mahu
Hidup yang mereka mahukan

[Naufal]
Sendiri melalui rasa
Suka duka hati sanubari
Sendiri mengejari semua
Mimpi-mimpi hingga hujungnya

Chorus
Takkan pernah ku mengalah
La la la
Takkan pernah ku menyerah
La la la
Biar apa kata bicara curiga mereka

Takkan pernah ku mengalah
La la la
Takkan pernah ku menyerah
La la la
Tetap ku berjalan
Selama-lamanya
Akan terus ku melangkah

Kini ku tahu
Apa yang perlu dilakukan
Kini ku mahu
Impian ku dimahkotakan

Sendiri melalui rasa
Suka duka hati sanubari
Sendiri mengejari semua
Mimpi-mimpi hingga hujungnya

Takkan pernah ku mengalah
La la la
Takkan pernah ku menyerah
La la la
Biar apa kata bicara curiga mereka

Takkan pernah ku mengalah
La la la
Takkan pernah ku menyerah
La la la
Tetap ku berjalan
Selama-lamanya
Akan terus ku melangkah

Ku relakan
Duka yang ditempuh
Ku juangkan
Hanya demi mu

Buatkan yang terbaik
Kita jadi baik

Takkan pernah ku mengalah
La la la
Takkan pernah ku menyerah
La la la
Biar apa kata bicara curiga mereka

Takkan pernah ku mengalah
La la la
Takkan pernah ku menyerah
La la la
Tetap ku berjalan
Selama-lamanya
Akan terus ku melangkah

Akan terus ku melangkah

2 comments:

  1. x pernah dgr lagi ni :)
    da sgt jarang dgr radio.
    yg aida tau hanya casablanca tu je, fiza ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu baru kak Aida. Belum masuk radio lagi agaknya kot. Lagu Casablanca siapa je tak tahu kan. hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.