Telefilem Bedak Arang (TV2)

Tonton Telefilem/ Telemovie Bedak Arang bersiaran pada hari Isnin, 23 Januari 2023 pukul 9:00 malam di TV2 sempena perayaan Tahun Baru Cina 2023.

Telefilem Bedak Arang dibintangi pelakon Jesse Lim, Louisa Chong Abdullah, Akmal Ahmad, Syed Muhammad Irfan, Abby Nadzri dan ramai lagi. Juga boleh tonton Telefilem Bedak Arang secara online menerusi portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

Bedak Arang tampil dengan tajuk berbeza dan sarat dengan konflik dan mesej kekeluargaan. Telefilem Bedak Arang ini berlatarkan kisah benar seorang lelaki tua dengan pekerjaannya sebagai penempa besi di Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Kisah benar ini kemudiannya dijadikan sebuah cerita oleh Pengarah Mohd Zainorhisyam (Wak Dol) menonjolkan kerjaya warisan yang realitinya semakin dilupakan dan sukar mendapat tempat di hati anak muda.

Gambaran perbezaan hitam dan putih diterjemahkan dalam tajuk bedak dan arang dikaitkan dengan kerjaya seorang lelaki sebagai penempa besi digandingkan dengan pekerjaan isterinya, seorang penyanyi opera. Dua kerjaya berbeza umpama langit dan bumi namun ditakdirkan dijodohkan bersama.

Telefilem Bedak Arang ini juga mengangkat dua isu berat dalam perjalanan hidup watak utamanya iaitu Lee. Konflik mencari pewaris kerjaya dan cabaran berdepan dengan isterinya yang menghidap penyakit demensia atau nyanyuk begitu menduga hidup Lee.

tonton telefilem bedak arang full movie tv2

TELEFILEM BEDAK ARANG

Waktu Siaran : Isnin, 22 Januari 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV2 RTM
Idea Asal : Zainorhisyam Samudin
Penulis skrip : Ares Bahar & Ekim Imer
Pengarah : Zainorhisyam Samudin
Produksi : Eccentro Distro Sdn, Bhd.

PELAKON 

  • Jesse Lim
  • Louisa Chong Abdullah
  • Akmal Ahmad
  • Syed Muhammad Irfan
  • Abby Nadzri

SINOPSIS TELEFILEM BEDAK ARANG

Kisah tentang Lee seorang tukang besi yang begitu mengharapkan anak lelakinya mewarisi bakat turun-temurun keluarga mereka sebagai penempa besi.

Tetapi malangnya, anaknya enggan menerima cadangan bapanya itu dan memberikan pelbagai alasan. Situasi itu menyebabkan Lee nekad meneruskan perniagaan tersebut seorang diri.

Sementara itu isterinya, Xiu Ching pula merupakan bekas penyanyi opera terkenal satu ketika dahulu. Namun kerana faktor usia, tiada lagi orang mencarinya untuk membuat persembahan. Masanya banyak dihabiskan di rumah sebagai suri rumahtangga.

Hingga satu hari Lee berdepan dengan penjahat yang memeras ugut untuk mendapatkan wang daripadanya. Lee mula tertekan dengan masalahnya apatahlagi pada masa sama Xiu Ching pula semakin lupa dengan banyak perkara.

Kehadiran seorang budak lelaki yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang penempa besi memberikan sinar dalam hidup Lee. Dia mula nampak kepada siapa kerjayanya itu mahu diwarisi.

Namun apakah impiannya tertunai?

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.