Header Ads

Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam 19 Januari 2023


Filem Duan Nago Bogho, sebuah filem Sabri Yunus mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Januari 2023. Duan Nago Bogho filem aksi yang menggabungkan dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial serta menggunakan dialek negeri Kelantan.

Penggambaran filem Duan Nago Bogho dilakukan di  Kg Pantai Baru Nipah Bachok, Kelantan dan Kuala Lumpur. Tajuk filem Duan Nago Bogho menggambarkan sifat watak utama iaitu Duan seperti ular ‘Nago Bogho’ atau lebih dikenali sebagai ular tedung selar.

Filem Duan Nago Bogho selaku pelakon utama yang membawakan watak Duan serta menampilkan barisan pelakon hebat Asrul Faizal Kamaruzaman, Jojo Goh, Sabri Yunus, Datuk Rosyam Nor, Sangeeta Krishnasamy, Saidi Sabri, Hushairi Husain, Dr. Lim Swee Tin, Angeline Tan, Jason Chong, Issey Fadzlisham, Yank Kassim, Arjunasukma, Zamzuriah Zahari, Pokku Redang dan ramai lagi.

FILEM DUAN NAGO BOGHO

Tarikh Tayangan : 19 Januari 2023
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd.

tonton filem duan nago bogho full movie online

PELAKON FILEM DUAN NAGO BOGHO

Asrul Faizal Kamaruzaman sebagai Duan
Jojo Goh
Sabri Yunus
Datuk Rosyam Nor
Sangeeta Krishnasamy
Saidi Sabri
Hushairi Husain
Dr. Lim Swee Tin
Angeline Tan
Jason Chong
Issey Fadzlisham
Yank Kassim
Arjunasukma
Zamzuriah Zahari
Pokku Redang

SINOPSIS FILEM DUAN NAGO BOGHO

Ia mengisahkan tentang Duan, seorang artis Mak Yong yang berhijrah ke Kuala Lumpur atas desakan ibu bapanya selepas terbabit dalam pergaduhan di kampung. 

Dia berkenalan dengan rakan sekampung dan bekerja dalam pelbagai kerja sambilan namun kehidupan baharunya di bandar tidak menghalangnya untuk terus bergiat dalam seni Mak Yong yang telah sebati dalam jiwanya. 

Di Kuala Lumpur, dia terlibat dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan penjenayah apabila dia cuba menyelamatkan seorang gadis. Gadis itu diculik kerana dendam masa lalu yang menyebabkan abang kepada seorang ketua penjenayah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh teman lelakinya.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.