Lirik Lagu Selagi Ku Ada - Khai Bahar x Nabila Razali

Lagu Selagi Ku Ada, lagu terbaru nyanyian lagu duet Khai Bahar dan Nabila Razali. Lagu Selagi Ku Ada merupakan lagu tema (OST) Drama Kerana Cinta Itu Ada Slot Akasia TV3 lakonan Nabila Razali dan Aedy Ashraf.

Single terbaru Selagi Ku Ada, kolaborasi pertama Khai Bahar bersama Nabila Razali. Dan ia adalah lagu duet kedua Nabila Razali dan lagu duet ke 7 untuk Khai Bahar.

Selagi Ku Ada berkisahkan tentang pasangan yang terpaksa berjauhan dan merindukan satu sama lain setelah satu krisis yg telah memisahkan mereka berdua. Namun selagi masih ada waktu mereka akan cuba untuk kembali bersama.

LIRIK LAGU SELAGI KU ADA KHAI BAHAR X NABILA RAZALI

Lagu : Selagi Ku Ada
Penyanyi : Khai Bahar & Nabila Razali
Komposer/ Lirik : Amylea

Lirik Lagu Selagi Ku Ada - Nabila Razali & Khai Bahar (KBxNR)

Ku menentang rasa mencinta
Namun tidak bila denganmu
Hati ini masih merindu
Adakah kau merasa yang sama?

Tetaplahku menanti ada
Waktu kita akan menyatu
Kerana jiwa ku memanggilmu
Tak dapatku berlari darimu

Selagi ku ada
Mana mungkin kan ku biar
Kau meratap dan meneka
Apa di hatiku
Dan biarku dakap semua rasa
Yang melanda di hidupmu
Hadirkanku beri bahagiamu

Ku menentang rasa mencinta
Namun tidak bila denganmu
Hati ini masih merindu
Adakah kau merasa yang sama?

Selagiku ada
Mana mungkin kan ku biar
Kau meratap dan meneka
Apa di hatiku
Dan biarku dakap semua rasa
Yang melanda di hidupmu
Hadirkanku beri bahagiamu

Patahnya sayap waktu
Terpisahku denganmu
Janji janji yang dulu
Tak dapat ku pertahan
Menanti waktu untuk bersamamu

Selagi ku ada
Mana mungkin kan ku biar 
Kau meratap dan meneka
Hadirkanku beri bahagiamu
Hadirkanku beri bahagiamu...

Lagu dan Muzik video rasmi Selagi Ku Ada boleh dengar dan tonton di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment. Penggambaran Muzik video Selagi Ku Ada dilakukan di sebuah resort di Janda Baik, Pahang.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.