Jadual Siaran Lansung Final Piala AFF 2022 Vietnam vs Thailand Dan Keputusan Penuh Perlawanan

Skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekalahan menentang Skuad Gajah Perang dalam perlawanan separuh akhir 2 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Stadium Thammasat, Bangkok, Thailand pada hari Selasa 10 Januari 2023 yang lalu. Perjuangan Harimau Malaya terhenti di peringkat Separuh Akhir.

Walau bagaimanapun, Tahniah Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Kim Pan Gon dan Harimau Malaya berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir menjadi 4 pasukan terbaik Asia Tenggara dalam Kejohanan Perlawanan Mitsubishi Electric AFF 2022. 

Dengan kekalahan itu, pasukan Thailand berjaya mara ke peringkat akhir (final) Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bertemu pasukan garuda Vietnam.

Vietnam berjaya mengalahkan Indonesia dengan aggregat 2-0 dan Thailand menewaskan skuad Malaysia dengan aggregat 3-1. 

Perlawanan Akhir/ Final Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Perlawanan Akhir/ Final Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 akan berlansung 2 kali secara timbal balik seperti edisi-edisi sebelum ini. 

Final Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Perlawanan Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 akan berlangsung pada 13 Januari 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam. Perlawanan Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 akan berlangsung pada 16 Januari 2023 di Stadium Thammasat, Thailand.

Jadual Siaran Lansung Akhir/ Final Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Vietnam vs Thailand 

Peminat bola sepak boleh menyaksikan Siaran lansung Perlawanan Akhir/ Final Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menerusi saluran 802 Astro Arena 2 dan secara online di Astro GO. Juga boleh tonton menerusi saluran RTM di TV2, Sukan RTM,111 Myfreeview atau streaming live menerusi RTM Klik/ aplikasi RTM Klik.

baca juga  : jadual piala aff 2022

Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 (Vietnam Vs Thailand)
Jumaat, 13 Januari 2023
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam

Akhir 2 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 (Thailand vs Vietnam)
Isnin, 16 Januari 2023
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Thammasat, Thailand

Keputusan penuh perlawanan 

Final 1
FT : Vietnam (2) - (2) Thailand
 Nguyễn Tiến Linh 24'
 Poramet Arjvirai 48'
 Sarach Yooyen 63'
 Vũ Văn Thanh 88'

Final 2
FT : Thailand (1) - (0) Vietnam
 Theerathon Bunmathan 24'

2 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. saya kurang suka konsep final dua kali ni. apa pun semoga game menarik dan ada gaduh-gaduh. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau timbal balik ni susah sikit kan. Nak kena kira agregat home away. Kalau kalah mati senang ceritanya. Bola dan drama tak dapat dipisahkan juga :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال