Drama Akira Khan (Astro Ria)

Drama Akira Khan, drama melayu bersiri terbaru di Slot MegaDrama saluran Astro Ria lakonan Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Akira Khan merupakan drama adaptasi novel Akira Khan karya Ammara Ayyash terbitan SR One Sdn. Bhd. diarahkan oleh Jamal Khan. 

Penggambaran Drama Akira Khan dijalankan di sekitar Terengganu, Cherating, Islamabad, Naran dan Hunza Valley Pakistan. Drama Akira Khan episode 1 mula bersiaran pada 18 Januari 2023, Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam di Slot MegaDrama Astro Ria.

DRAMA AKIRA KHAN

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 18 Januari 2023
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 10:00 malamm
Siaran TV : Astro Ria slot MegaDrama
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

tonton drama akira khan astro ria

PELAKON DAN WATAK

  • Kamal Adli sebagai Raden
  • Uqasha Senrose sebagai Akira
  • Julia Farhana Marin sebagai Liyana
  • Esma Daniel sebagai Kamarul
  • Maria Farida sebagai Fareedah
  • Idzham Ismail sebagai Joe
  • Saidah Kamarudin sebagai Faten
  • Dilla Ahmad sebagai Doktor Amelia
  • Razman Mahyudin sebagai Iskandar
  • Irfan Zaini sebagai Zafar Khan
  • Safura Yaacob

SINOPSIS DRAMA AKIRA KHAN

Kisah tentang seorang wanita Pakistan bernama Akira (Uqasha Senrose) yang jatuh cinta dengan lelaki Melayu bernama Raden (Kamal Adli). Disebabkan keturunan dan bangsa yang berbeza, cinta mereka terhalang dan terpaksa berkahwin secara rahsia. Namun mereke terpaksa berpisah atas masalah keluarga.

Raden telah ditimpa kemalangan di Malaysia dan telah menyebabkan dia hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan dan tidak dapat menghubungi Raden. Mereka berdua terpaksa melalui kesukaran bersendirian.

Beberapa tahun kemudian, mereka berjumpa kembali tapi malangnya Raden tidak mengenali Akira. Pelbagai dugaan terpaksa mereka lalui, juga ada yang cuba untuk memisahkan mereka berdua.

Dengan kesabaran Akira akhirnya ingatan Raden pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?

LAGU TEMA (OST) DRAMA AKIRA KHAN

Lagu : Akira
Penyanyi : Ezad Lazim & Salma Asis


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.