Filem Harum Malam Di Pawagam 9 Februari 2023

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Filem Harum Malam di Pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari 2023. Harum Malam sebuah filem seram diarahkan oleh Pengarah filem tersohor, Dain Said. Beliau kembali mengarah filem seram selepas naskhah Dukun mendapat sambutan ketika ditayangkan pada 2018.

Filem Harum Malam dibintangi oleh pelakon Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud, Faizal Hussein serta penampilan bakat baru Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Filem Harum Malam terbitan syarikat produksi Apparat bakal bekerjasama dengan D’Ayu Pictures serta Skop Productions diterbitkan dengan dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Harum Malam juga bakal ditayangkan di pentas antarabangsa, Festival World Premiere di Fantastic Fest, sebuah festival filem bergenre seram dan fantasi terbesar di Amerika Utara dengan tajuk Blood Flower.

Harum Malam juga mendapat slot untuk ditayangkan di Festival Filem Sitges di Sepanyol pada bulan Oktober.

filem harum malam di pawagam 9 februari 2023

FILEM HARUM MALAM

Tarikh Tayangan : 9 Februari 2023
Pengarah : Dain Said
Produksi : Apparat dengan kerjasama D’Ayu Pictures and Skop Productions

PELAKON FILEM HARUM MALAM

  • Bront Palarae
  • Remy Ishak
  • Nadiya Nissa
  • Nabila Huda
  • Amanda Ang
  • Joey Daud
  • Faizal Hussein
  • Idan Aedan
  • Arnie Shasha
  • Angelica Petra

SINOPSIS FILEM HARUM MALAM

Kisah pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia.

Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib.

Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Sha da tengok.. seram tapi boleh layanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok trailer dia pun macam seram jugak. Tapi tulah belum tengok lagi. Keluar lama dah.

      Delete
Post a Comment