Telefilem Cahaya Malaika (TV9)

Tonton Telefilem Cahaya Malaika cerekarama TV3 ulang siaran pada hari Jumaat, 27 Januari 2023 pukul 8:30 malam di Skrin di 9 TV9. Cahaya Malaika dibintangi pelakon Que Haidar, Sharifah Shahora, Adik Luvvna, Riz Amin dan ramai lagi.

TELEFILEM CAHAYA MALAIKA

Waktu siaran : Jumaat, 27 Januari 2023, pukul 8:30 malam
Penulis skrip : Ellyna ahmad
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin FDAM
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

telefilem cahaya malaika full movie online tv9

PELAKON DAN WATAK

  • Que Haidar sebagai Ezra
  • Sharifah Shahora sebagai Lily
  • Adik luvvna sebagai Hanna
  • Normah Damanhuri sebagai Mak Ngah
  • Riz Amin sebagai Rizal
  • Roy Azman sebagai Dato' Husni
  • Ku Faridah sebagai Leha
  • Shazmeer Rasheed sebagai Alif

SINOPSIS TELEFILEM CAHAYA MALAIKA

Kisah tentang Ezra, seorang penulis berusia 30an yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya dibebani hutang yang banyak sekaligus membuatkan isterinya Lily dan anak mereka Hanna turut mendapat tempias kesusahan terbabit.

Ezra membawa keluarga ke kampung, tinggal di rumah peninggalan arwah ibunya untuk lari daripada Along dan mahu memulakan kehidupan baru. Namun dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap.

Kehidupan Ezra semakin sukar, dia gagal menyiapkan novelnya dan isterinya Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi 'high class escort' di bandar.

Ezra yang tertekan mula rasa kepayahan menjadi bapa tunggal membesarkan anaknya, ditambah dengan Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan tersebut.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Ezra yang sering tertekan dan sakit kepala, disahkan mengidap barah otak. Ezra bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan dalam masa yang sama mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan rumah arwah ibunya itu.

Lily yang menyedari akan kesilapannya meninggalkan Ezra dan Hanna mula merasakan kekayaan tidak menjamin kebahagiaannya. Dia mahu kembali semula kepada Ezra namun semuanya sudah terlambat.

Saksikan Telefilem Cahaya Malaika di TV9.

2 comments:

  1. cerita ni antara yg buat sy menangis... best betul lakonan que

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita sedih dan ada pengajaran yang ditinggalkan. Lakonan dia dari dulu mantap!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.