Didi & Friends The Movie Di Pawagam 23 Februari 2023

Filem Didi & Friends The Movie mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 23 Februari 2023. Didi, seekor ayam serama jantan animasi tempatan yang menjadi kegemaran kanak-kanak muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie. 

Bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi penonton dewasa juga tak mahu ketinggalan menjadi peminat Didi & Friends.

Didi & Friends The Movie telah mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) untuk pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini.

Sebanyak 6 buah lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrumental yang menjanjikan kepuasan halwa telinga para penonton yang menonton Filem Didi & Friends The Movie nanti.

11 lagu telah dimuatkan dalam filem Didi & Friends The Movie, termasuklah sebuah lagu yang bertajuk 'Luar Biasa' yang dinyanyikan dan digubah oleh penyanyi popular, Hael Husaini. Juga memuatkan lagu 'Kembali Bersama' yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.

Didi & Friends The Movie juga turut mendapat sentuhan hebat daripada Saiful Ridzuan atau Duan selaku Pengarah Muzik, yang terdahulunya menjadi Pengarah Muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal telah menerajui rakaman tersebut termasuk dua lagu lain iaitu 'Irama dan Lagu' dan 'Kapten Zee & Crew'.

Filem pengembaraan animasi muzikal Didi & Friends The Movie ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) tampil berbeza dan menjanjikan animasi yang menarik untuk peminat Didi & Friends. 

Watak baru dalam Didi & Friends The Movie

Bertambah menarik, ada beberapa watak baru telah diperkenalkan yang penampilkan pelakon suara daripada selebriti terkenal tanah air iaitu Dato’ Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zoey, Waris sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura di samping barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan ramai lagi.

didi & friends the movie 2023

Kisah Didi & Friends The Movie

Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain. 

Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. 

Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam Dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra. 

Siapakah Torra? 
Apakah penyakit yang dihadapi oleh Pak Beruang? 
Dapatkah Didi, Nana dan Jojo mendapatkan penawar tersebut? 
Jawapannya, kenalah tonton di pawagam pada 23 Februari 2023 nanti.


DIDI & FRIENDS THE MOVIE

Tarikh tayangan : 23 Februari 2023
Pengarah : Akmal Aziz Asmawi,Roshfaizal Ariffin
Penulis skrip : Sumie Azil, Roshfaizal Ariffin, Akmal Aziz
Cerita asal : Khairul Ammar Jamal
Lakon layar : Sumie Azil, Roshfaizal Ariffin
Penerbit : Raja Jastina Raja Arshad, Hairul Sofian
Terbitan : Warnakala Studios, Astro Shaw, Digital Durian, MDeC
Genre : Filem musikal, 3D Animasi, pengembaraan

PELAKON DAN WATAK

  • Nur Insyeerah sebagai Didi
  • Adilia Myra sebagai Nana
  • Adam Muqri sebagai Jojo
  • Dato’ Awie sebagai Tok Chip
  • W.A.R.I.S sebagai Torra
  • Amelia Henderson sebagai Kapten Zee
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Kura
  • Khairul Ammar Jamal sebagai Pak Atan
  • Akmal Aziz Asmawi sebagai Pak Beruang

SINOPSIS DIDI & FRIENDS THE MOVIE

Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. 

Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan. 

Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. 

Nana dan Jojo turut serta. Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? 
Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? 
Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?

LAGU TEMA (OST-Official Soundtrack) DIDI & FRIENDS THE MOVIE

Lagu : Hora Horey
Penyanyi : Nur Insyeerah, AdamMuqri, Adilia Myra, Voice Actors Didi & Friends
Komposer : Yuri Wong & Saiful Ridzuan

Lagu : Luar Biasa
Penyanyi : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini

Lagu : Kembali Bersama
Penyanyi : Modescape
Komposer : Shah Modescape

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.