Header Ads

Filem EVA Take Me As I Am Di Pawagam 26 Januari 2023


Tonton Filem EVA 'Take Me As I Am' lakonan Nadia Brian, Nadia Aqilah, Shamsul Danish dan ramai lagi di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 26 Januari 2023.

Filem EVA 'Take Me As I Am', sebuah filem thriller yang merupakan filem sulung arahan Suhaiza Aziz berjudul Eva terbitan D Alpha Legacy Sdn. Bhd telah dipilih pemenang bulanan bagi kategori thriller dan suspen di Festival Filem Cannes.

Filem Eva juga bakal ditayangkan dalam Festival Filem Cannes 2023 nanti. Sekali gus layak tercalon merebut trofi Filem Terbaik bagi kategori thriller dan suspen.

Eva membawa mesej lebih daripada sekadar hiburan. Filem Eva mendasari masalah kesihatan mental, jadi betapa pentingnya mengasihi, memberi peluang dan kehidupan yang baik kepada anak-anak yang lahir daripada hubungan terlarang.

FILEM EVA 'TAKE ME AS I AM'

Tarikh Tayangan : 26 Januari 2023
Penulis skrip : Diyana Ismail
Pengarah : Suhaiza Aziz
Produksi : D'Alpha Legacy Sdn. Bhd.
Genre : Thriller

filem eva take me as i am full movie

PELAKON FILEM EVA TAKE ME AS I AM

Nadia Aqilah sebagai Eva
Nadia Brian sebagai Elly
Norman Hakim sebagai Mike
Shamsul Danish sebagai Miqal
Azrri Iskandar sebagai Ayah (The father)
Mimi Ernida sebagai Amy
Aleeza Kassim sebagai Pakar psikiatri (The psychiatrist)
Ako Mustapha sebagai Timbalan pendakwa raya (Deputy Public Prosecuter)
Shazia Ruzaini sebagai Mangsa (The victim)
Fatimah Azzahra sebagai Mangsa (The victim)
Azrel Ismail Tertuduh (The acused)
Jay Iswazir sebagai Tertuduh (The acused)
Hasnol Rahmat sebagai Tertuduh (The acused)
Zain Hamid sebagai Peguam (The lawyer)
Sheera Iskandar sebagai Peguam (The lawyer)
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Hakim (The judge)
Tony Eusoff sebagai Hakim (The judge)
Esma Daniel sebagai Hakim (The judge)
Gya Natasya
Marissa Yasmin
Mustaqim Bahadon


SINOPSIS FILEM EVA TAKE ME AS I AM

Kisah Eva, Amy dan Mike adalah orang yang sama tetapi terperangkap dalam satu tubuh. Eva sebagai pemilik tubuh terpaksa berhadapan dengan perubahan yang berbeza-beza akibat daripada trauma yang dialami sejak dia masih kanak-kanak.

Eva mempunyai seorang anak lelaki yang cuba memahami keadaannya dan membantu ibunya. Begitu juga dan kakaknya Elly yang sentiasa berada di sisinya.

Dalam kekeliruan dirinya itu, Eva berjaya menjadi seorang peguam. Namun itu tidak merubah dirinya menjadi manusia normal. Keadaan dirinya terus bertukar-tukar menjadi Amy, seorang pakar forensik dan Mike pula pembunuh.

Apabila Mike menjadi lebih kuat untuk mengambil alih tubuh Eva sebagai watak dominan meletakkan semua orang dalam bahaya.

LAGU TEMA (OST) FILEM EVA

Lagu : Kan Ku Sudah Kata
Penyanyi : Mimifly

6 comments:

  1. Ohhh ttg Dissociative Identity Disorder alias kepribadian ganda Yaa? Menariiik temanya. Selama ini saya sering baca buku ttg kepribadian ganda, tapi belum pernah menonton film bertema ini . Sayang tak masuk ke Indonesia. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, split personality yang banyak berlaku. Itulah tu, kalau bercuti ke Malaysia waktu tayangan boleh juga tengok kan :)

      Delete
  2. Replies
    1. Ada nampak kat ig pelakon dalam filem ni. Yang platform lain tak pastilah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.