Telefilem Musafir Lalu (TV9)

Tonton Telefilem Musafir Lalu ulang siar cerekarama TV3 bersiaran pada hari Jumaat, 18 November 2022 pukul 8.30 malam di Slot Skrin Di 9 TV9. Telefilem Musafir Lalu dibintangi pelakon Fizz Fairuz, Neera Azizi, Syazwan Zulkifli, Dato Jalaludin Hasan, Delimawati Ismail dan ramai lagi.

musafir lalu tv9

TELEFILEM MUSAFIR LALU

Waktu siaran : Jumaat, 18 November 2022, pukul 8.30 malam
Siaran TV : Skrin Di 9 TV9
Penulis skrip : ZH Emdee (FDAM)
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : 2606 Skyline Pictures Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Fizz Fairuz sebagai Chon
  • Syazwan Zulkifli sebagai Shidi
  • Dato' Jalaludin Hasan sebagai Ahmad (bapa tiri Chon)
  • Delimawati Ismail sebagai Zarah
  • Neera Azizi sebagai Sarah
  • Rahim Omar sebagai Dato Rahim
  • Feiyna Tajudin sebagai Liza
  • Kamal Rezuan sebagai Asmarul

SINOPSIS TELEFILEM MUSAFIR LALU

Kisah Chon (Fizz Fairuz) insan lurus bendul yang sering mendapat tohmahan dan juga rungutan orang kampung tentang lembu-lembu peliharaannya. Chon sering dibuli Wan (Kamal Rezuan) anak ketua kampung bersama rakan-rakan nakalnya. Perbuatan mereka juga sering memburukkan lagi tanggapan orang kampung terhadap Chon.

Situasi ini telah memberi tekanan pada Ahmad (Dato' Jalaludin Hasan) selaku bapa tiri Chon. Mujurlah Zarah (Delimawati Ismail), ibu Chon sering mempertahankan Chon dari ditohmah yang bukan-bukan. Ahmad yang terlalu sakit hati dan benci pada Chon, bertindak menjual semua lembu-lembu Chon tanpa pengetahuan Chon.

Situasi ini telah mengecewakan Chon dan muncul Shidi (Syazwan Zulkifli) memberi semangat baru pada Chon mengajak Chon merantau ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Chon yang berkerja sebagai pengawal keselamatan telah terperangkap dengan cinta tiga segi Liza (Feiyna Tajudin).

Situasi ini sekali lagi mengundang malang pada Chon. Chon dibuang kerja kerana membelasah Asmarul, kekasih Liza yang mana adalah anak pemilik syarikat keselamatan Chon berkerja.

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.