Filem Remp-It 2 Di Pawagam 24 November 2022

Filem Remp-It 2 release date ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2022. Remp-It 2 sekuel kepada Filem Rempit-it (2006) kembali selepas 16 tahun dengan aksi terbaru yang diarahkan oleh Farid Kamil selain menjadi watak utama dalam Filem ini.

Remp-It 2 dibintangi pelakon Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung Che Mad (Muhammad Kamil) anak kepada Farid Kamil.

tonton filem remp-it 2 full movie
Filem Remp-It, sebuah filem Farid Kamil

FILEM REMP-IT 2

Tarikh Tayangan : 24 November 2022
Penulis skrip : Faten Syamimie & Panel FKX
Pengarah : Farid Kamil
Produksi : FKX Film Sdn. Bhd.

PELAKON FILEM REMP-IT 2

  • Farid Kamil
  • Cat Farish
  • Izzue Islam
  • Niezam Zaidi
  • Julia Hana
  • Farez Ridzwan
  • Ahirine Ahirudin
  • Muhamad Kamil
  • Shiha Zikir
  • Chiwan Chilok
  • Mamak Puteh
  • Rudy GTB
  • Gabit Saleh
  • Shahkimin
  • Muhammad Kamil (Che Mad)

SINOPSIS FILEM REMP-IT 2

Mengisahkan kesinambungan kehidupan Madi (16 tahun) selepas kejadian yang menimpa Madi dan Spark dulu. Madi sekarang bekerja sebagai instructor di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh Roy dan mengusahakan bengkel bersama Macha.

Selepas kejadian itu, Madi sudah berazam untuk tidak berlumba dan meninggalkan dunia rempitnya. Kini Madi fokus sebagai pelumba professional.

Pada suatu hari, secara tidak sengaja Madi telah berentap di jalanraya dengan Ajak, orang Spark. Madi yang cuba mengelak dari terlibat dalam perlumbaan haram membuat helah dengan meninggalkan perlumbaan tersebut.

Namun Ajak tidak berpuas hati dan sekali lagi menerjah Madi di jalanraya dan berlumba sekali lagi tetapi kali ini bersama Dekwan dan konco-konconya. Berita kemunculan Madi sampai ke pengatahuan Spark yang berada di dalam penjara.

Spark bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berentap semula dengan Madi. Sedang Madi cuba lari dari hakikat bahawa dia sudah kembali berlumba, muncul seorang kanak-kanak bernama Muhammad yang mengaku sebagai anak Madi.

Madi dan Macha hilang punca kerana tidak tahu siapa ibu Muhammad. Kemunculan Muhammad menambahkan beban dalam kepala Madi. Dia tidak pernah mendekati kanak-kanak dan kini terpaksa hidup bersama seorang kanak-kanak.

Apakah kesudahan peperangan Madi dan Spark? Bagaimana pula hubungan Madi dan Muhamad?

8 comments:

  1. Atas 13 tahun le pulak.. Tak boleh nak bawak anak-anak..

    ReplyDelete
  2. Ehhhh..tibberrr ada anak Farid Kamil 😂 Menarik nampaknyaaa

    ReplyDelete
  3. Ingatkan dah tak ada cerita rempit2 ni. Risau pula.

    ReplyDelete
  4. yg 1 dh tgk tp yg 2 ni tiket sold out sentiasa. hanya midnight. hadoi takkan nk tinggal anak. huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Laris betul. Yang tak ada anak pun tak rajin nak tengok midnight Nina..hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.