Tonton Drama Kampung People 3 (TV3)

Tonton Drama Kampung People 3 mula bersiaran pada 18 November 2022, hari Rabu hingga Sabtu pukul 9:00 malam di Slot Lestary TV3. Drama Kampung People 3 (Musim 3) merupakan sekuel Drama Kampung People 1 dan Drama Kampung People 2.

Drama komedi Kampung People 3 masih mengekalkan pelakon asalnya iaitu Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Tonton Drama Kampung People 3 TV3 secara online menerusi portal tonton (www.tonton.com.my).

drama kampung people 3

DRAMA KAMPUNG PEOPLE 3

Mula siaran : 18 November 2022
Waktu Siaran : Rabu - Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Rashidi Ishak, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Shahril Sarjen
Produksi : KL Motion Pictures

PELAKON DAN WATAK

Rashidi Ishak sebagai Mona
Elly Mazlein sebagai Razi
Riena Diana sebagai Laila
Kamarul Eqifshah sebagai Imran
Hun Haqeem sebagai Jaafar
Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
Danish Hazriq
Haidar Hasanudin
Ainina Ahmad B
Syainie Aida
Zila Bakarin
Nabila Razali

SINOPSIS DRAMA KAMPUNG PEOPLE 3

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. 

Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. 

Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. 

Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. 

Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? 

Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

4 comments:

  1. 1st episod ari tu, kan tayang lewat dek kisah PRU di tv3.
    dah aida tertidur separuh jalan citer ni.
    drama riang gembira as usual :)
    release stress nonton kampung people ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Lewat pulang siarannya. Takpe, boleh tengok online bila bila :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.