Header Ads

Kampung People 2 Full Episod Kembali

Kampung People 2 Slot Lestary TV3 akan kembali menceriakan hari hari rakyat Malaysia. Ramai yang menantikan Sequel Drama Kampung People ni. Drama sequel kedua Kampung People 2 ada 13 Episod dan akan mula bersiaran pada 17 September 2020.

Kampung People 2 Full Episod
sumber : TV3 Drama sangat


Setiap hari rabu sampai jumaat Pukul 9 malam. Terpacak lah masing-masing depan TV. Barangkali boleh lah menceriakan hari hari peminat drama. Asyik drama klise je bosan juga. 

Drama macam ni bolehlah layan santai-santai gitu. Drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dibawah terbitan KL Motion Picture. 

Drama : Kampung People 2
Jumlah episod : 14
Mula tayangan : 17 September 2020
Waktu tayangan : Rabu-Jumaat, jam 9:00malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin
Penerbit : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penerbit eksekutif : Jamaludin Karim
Penulis skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Baizura Kahar, Syakirin, Supardi
Genre : komedi keluarga


KAMPUNG PEOPLE 2 CAST

Elly Mazlein sebagai Mona/ Aminah
Rashidi Ishak sebagai Razif/ Abu Bakar
Riena Diana sebagai Laila/ Ruziah
Hun Haqeem sebagai Jaafar
Shah Kimin sebagai Ismail
Adibah Noor sebagai Dona
Daniella Fazli sebagai Tasha/ Saleha
Kamarul Eqifshah sebagai Imran/ Adam
Namron sebagai Tuan Shuhaimi
Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu

SINOPSIS DRAMA KAMPUNG PEOPLE 2

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. 

Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. 

Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. 

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung.
sumber : wikipedia

Kampung People 2 yang dinantikan apa pula yang akan jadi? Adibah Noor, watak baru tambahan dalam Kampung People 2 memegang watak sebagai Mak Mona. Dan katanya akan jadi mak Mona yang 'over'. 

Kalau Mona anak dia yang tak habis-habis dengan 'Absolutely Correction' tu. Mak mona entah apa pulak perkataan yang muncul. Haa, mesti lagi havoc Keluarga Abu. Eh, keluarga Razif!  

"Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Saya bakal membawa watak Dona yang juga ibu kepada Mona lakonan Elly. Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak 'over' daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu," kata Adibah Noor
sumber : Bharian.com.my

Apa cerita Lailer dan Jekfer? Nampak gaya macam Jekfer dah  tak kerja dengan En. Abu. Kerja office pulak. Yummy macam dah kurus je kan? Katanya lagi drama Kmapung People 2 ni ada kelainan sikit. Apakah kelainan itu? Sama-sama kita tunggu dan tonton okay!

Okay, macam tak sabar nak tonton Drama Kampung People 2 ni. Macam biasa Fiza tengok online je untuk full episod nanti. 

Sejak naik taraf unifi ni. Tak dapat dah tengok TV macam biasa. Unifi TV kena langgan juga kaedahnya. Apa guna ada internet kalau tidak digunakan. 

27 comments:

  1. seronok..yg part 1 shida tonton habis hehee hat ulngan pn tgk ^_^ xsabar nk tgk yg ke 2 ni, mesti lg lawak..hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama camni mudah terhibur kan. Tak serabut nak emo :)

      Delete
  2. Yeah! Pasti peminat drama Kampung People ternanti-nanti nih..

    ReplyDelete
  3. Ramai yg bagi review best drama ni. Now dah masuk season 2 .. nak layanlah juga nnt.

    ReplyDelete
  4. Kampung people memang menceriakan seisi keluarga hahahhaa... absolutely correction

    ReplyDelete
  5. haaa tu lerrr, nampak gak husband masukkan kat IGs dia..hahaha..peminat sungguh

    ReplyDelete
  6. Anak-anak suka tengok drama ni lepas sahur sepanjang PKP lalu.

    ReplyDelete
  7. Adoi.. Tak sabar nak tengok dia punya havoc..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.