Filem Halimun (Astro First)

Tonton Filem Halimun di pawagam rumah menerusi saluran 480 Astro First bermula 5 November 2022. Filem Halimun sebuah filem genre seram dibintangi pelakon popular tanahair Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Puteri Balqis Azizi dan ramai lagi.

Bukan sekadar filem yang memaparkan elemen seram semata-mata, malah Filem Halimun juga mengetengahkan kisah mistik dari sudut yang berbeza. Filem Halimun diarahkan oleh Muzzamer Rahman yang juga penulis skrip dan idea asal Filem Halimun ini.

filem halimun

FILEM HALIMUN

Tarikh Tayangan : 5 November 2022
Siaran TV : Astro First
Cerita Asal : Muzzamer Rahman
Pengarah : Muzzamer Rahman
Produksi : Azura Pictures Sdn Bhd
Genre : Seram

PELAKON DAN WATAK

  • Beto Kusyairy sebagai Zahir
  • Nabila Huda sebagai Laila
  • Kodi Rasheed sebagai Adi
  • Chubb-E sebagai Ashif
  • Puteri Balqis Azizi
  • Harun Hashim
  • Hafidzuddin Fazil
  • Lim Mei Fen

SINOPSIS FILEM HALIMUN

Kisah bermula apabila Zahir (Beto Kusyairy) bertemu dengan Laila (Nabila Huda) semasa berlaku insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila yang sebenarnya.

Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi (Kodi Rasheed) iaitu seorang penyelesai masalah paranormal.

Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka. Apakah yang berlaku seterusnya?

LAGU TEMA (OST) FILEM HALIMUN

Tajuk lagu : Kabus
Penyanyi : Afif Tirmizie
Lirik : Amylea Azizan
Komposer : Amylea Azizan

2 comments:

  1. Cantiknya poster! Abil dan Beto memang gabungan yang mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju part poster tu..gabungan pelakon pelakon hebat filem Halimun ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.