Drama Jesnita (Astro Prima)

Tonton Drama Jesnita, sebuah drama melayu bersiri 40 episod dibintangi pelakon Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Nasha Aziz, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan dan ramai lagi

Drama Jesnita episod 1 mula bersiaran pada 7 November 2022 pukul 6:00 petang secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel dan akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Drama Jesnita memaparkan kisah seorang wanita muda yang dahagakan kemewahan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkannya menerusi ‘Jesnita’. Jesnita yang merupakan heroin antagonis yang bakal dibenci penonton. 

Drama Jesnita juga akan diadaptasi ke novel. Biasa Drama adaptasi novel, ini drama adaptasi novel. 

drama jesnita

DRAMA JESNITA

Jumlah episod : 40
Mula siaran : 7 November 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, pukul 6:00 petang
Siaran TV : Slot Tiara Astro Prima 
Penulis skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil, Sidek Ariff, Irwan Mansor, Nurul Hazrina
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production
Genre : thriller, mystery dan crime

PELAKON DAN WATAK

  • Intan Najuwa sebagai Jesnita
  • Yusuf Bahrin sebagai Rafael
  • Malek Mccrone sebagai Zaid
  • Fikry Ibrahim sebagai Zainal
  • Nasha Aziz sebagai Syafinaz
  • Nina Smith sebagai Dayana
  • Hafidz Roshdi sebagai Aidil
  • Rozita Che Wan sebagai Rosemilla
  • Zachery Franz sebagai Fauzi
  • Aqil Taqee sebagai Iskandar
  • Fatiya Latiff sebagai Aurora
  • Ezaidi Aziz sebagai Salaam
  • Ani Maiyuni sebagai Seri
  • Putri Dellyna sebagai Bella
  • Lydia Saimon sebagai Hayati
  • Fendi Seman sebagai Pak Din
  • Mak Jah sebagai Mak Yam
  • Natasha Azizan sebagai Aina
  • Fiza Thomas sebagai Electra Marcos

SINOPSIS DRAMA JESNITA

Kisah tentang Jesnita (Intan Najuwa) seorang gadis social climber yang sanggup melakukan apa saja demi hidup dalam kekayaan dan kemegahan hingga sanggup mempermainkan perasaan suaminya, Zaid (Malek Mccrone) dan memilih mengahwini Rafael (Yusuf Bahrin).

Namun, kebahagiaannya tidak kekal lama. Hidupnya dicengkam amarah dan dendam bekas ibu mertuanya, Syafinaz (Nasha Aziz).

Kisah tentang Jenista (Intan Najuwa) yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid (Malek Mccrone). 

Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael (Yusuf Bahrin) yang merupakan rakan niaga Zaid.

Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana (Nina Smith). Perkahwinan Jesnita dengan Rafael yang sepatutnya menjadi kemenangan dicemari dengan kejutan bahawa dia merupakan isteri kedua.

Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz (Nasha Aziz) yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.