Bab 12 : Disember 2022

Eh, bulan Disember dah! Bab 12, bab terakhir buku tahun 2022 kita. Lepas ni tahun baru 2023 akan menyusul pula. Sekarang masa tak berjalan dah, dia pecut terus. Laju tak pandang belakang. Tahu-tahu masuk tahun baru. 

Bulan Disember ada banyak cuti nampaknya. Paling yang dinanti, cuti sekolah Disember 2022. Dulu-dulu zaman sekarang tak sabar tunggu hujung tahun sebab cuti sekolah lama sebelum masuk tahun baru sesi persekolahan baru.

Cuti Sekolah Disember 2022 : Cuti Penggal 3 KPM/ Cuti Akhir Tahun 2022

Susulan pandemik, KPM telah menunda tarikh persekolahan sesi 2021 / 2022 ke penggal 3. Terdapat sedikit perubahan pada takwim persekolahan yang biasanya akan bermula pada awal tahun. Cuti akhir tahun juga telah dianjak kepada bulan Februari – Mac.

Kumpulan A

Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

Cuti Penggal 3 : 9 Disember 2022 – 31 Disember 2022
Mula sekolah : 3 Januari 2023
Cuti Akhir Persekolahan : 17 Februari 2023 – 11 Mac 2023

Kumpulan B

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Cuti Penggal 3 : 10 Disember 2022 – 31 Disember 2022
Mula sekolah : 3 Januari 2023
Cuti Akhir Persekolahan : 18 Februari 2023 – 12 Mac 2023

kalendar disember 2022

Page 335/365
Chapter 12

Enjoy the simple little pleasure in life
As simple and sweet as daisy
that’s how my life should be

You don’t have to see
the whole staircase
Just take the first step

Bulan Disember, bulan untuk cuti-cuti Malaysia seisi keluarga sebab ada cuti umum dan cuti sekolah sekali. Bolehlah rancang cuti-cuti bersama keluarga. 

Cuti Umum Malaysia Disember 2022

11 Disember (Ahad) Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
12 Disember (Isnin) Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
24 Disember (Sabtu) Cuti Hari Natal (Sabah)
25 Disember (Ahad) Hari Krismas (Semua Negeri)
26 Disember (Isnin) Cuti Hari Krismas (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)

Sambutan Hari Bulan Disember

1 Disember  - Sambutan Hari AIDS Sedunia (World AIDS Day)
3 Disember- Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations' International Day of Persons with Disabilities)
5 Disember- Sambutan Hari Tanah Sedunia (World Soil Day)
5 Disember - Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day)
10 Disember- Sambutan Hari Hak Asasi Manusia (Human Rights Day)
11 Disember - Sambutan Hari Gunung Antarabangsa (International Mountain Day)

6 comments:

  1. banyak cuti umum bulan ni, bulan lps kan takde cuti umum apa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ada jugaklah cutinya daripada tak ada bulan lepas :)

      Delete
  2. office ammi kat selangor...seronok dua kali cuti hari Isnin bulan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..untunglah Ammi dua kali cuti Isnin bulan ni. Seronoklah long weekend.

      Delete
  3. memang jarang ambil cuti bulan 12 sebab takde anak sekolah. pastu asyik hujan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan 12 kita bagi peluang yang berkeluarga cuti cuti dulu Sal :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.