Cara Dan Kelebihan Sedekah Al Fatihah Untuk Diri Sendiri

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) adalah pembukaan surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. 

Surah Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah Al-Fatihah juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. 

Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat. Surah Al-Fatihah mempunyai 7 ayat. 

cara dan kelebihan sedekah al fatihah untuk diri sendiri

Lazimnya, Surah Al-Fatihah dibaca ketika mendirikan solat ataupun untuk yang meninggal dunia. Pernah kah kita terfikir untuk sedekah menghadiahkan Surah Al-Fatihah kepada diri sendiri?

Jika belum, amalkanlah mulai hari ini kerana ini adalah makanan yang baik bagi roh kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik-baik hadiah untuk Rohani kita.

Cara sedekah Al-Fatihahuntuk diri sendiri

Setiap pagi selepas bangun tidur
1. Beri salam pada diri sendiri dahulu.
2. Lalu panggil nama penuh kita dengan lembut sebanyak tiga kali.
3. Kemudian sentuh dada kiri (jantung) sambil mengucapkan ‘Alhamdulillah’
Katakanlah : 

Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, zahir dan batinku, Ya Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya. Aamin Ya Allah.

4. Lalu baca surah Al-Fatihah sekali.
Amalkan bermula hari ini kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah kita menghadiahkan Al-Fatihah buat diri sendiri dan nikmati rasanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
Barang siapa yang menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.- HR. Al-Bukhari

 

Antara kelebihan membaca surah Al-Fatihah

  1. Membaca surat Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran.
  2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.
  3. Diampuni dosa.
  4. Diterima kebaikan.
  5. Terlepas dari azab kubur, azab neraka dan azab hari kiamat.
  6. Berjumpa dengan Allah sebelum para ambiya dan para aulia.
  7. Mendapat darjat yang tinggi dalam syurga.
  8. Orang yang membaca Al-Fatihah umpama menyedekahkan emas di jalan Allah.
  9. Rumah yang dibacakan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas tidak akan ditimpa kefakiran dan banyak kebaikan.Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan. Insya Allah akan dimakbulkan Allah SWT.
  10. Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan.
  11. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudaratan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  12. 70 kali dibaca setiap hari, ditunaikan hajat, dimenangi dari musuh dan pendengki.
  13. Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.
  14. Amalkan membaca Al-Fatihah saat hendak tidur, diikuti membaca Surah Al – Ikhlas tiga kali, Surah Al -Falaq dan Surah An – Nas , insya – Allah akan aman tenteram dan dijauhi dari gangguan syaitan.
Semoga bermanfaat dunia akhirat.

sumber : sinarharian | https://majalahsinar.com/?p=1977

14 comments:

  1. nanti boleh amalkan.. nina amal baca setiap mlm, harraz pun tidur lena

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik. bolehlah amalkan. orang ada anak pun anak selalu lupa sedekahkan al-fatihah, apatah lagi kita yang belum ada ni

    ReplyDelete
  3. Bagus amalan sedekah al-fatihah untuk diri sendiri. Tenang jew rasa jiwa.

    ReplyDelete
  4. Tidak terfikir untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk diri sendiri.
    Boleh amalkan jika ingat.

    ReplyDelete
  5. sy ada buat jg tp to memilih berdoa ps setiap solat subuh

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.