Tonton Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Tonton Drama Sekali Lagi Cinta Kembali mulai 13 September 2022, Selasa di Slot Akasia TV3 pukul 7:00 malam. Drama Sekali Lagi Cinta Kembali sebuah drama adaptasi novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia gandingan pelakon Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama.

drama sekali lagi cinta kembali

DRAMA SEKALI LAGI CINTA KEMBALI

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 13 September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, pukul 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : A. Aida Production Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Siti Khadijah Halim sebagai Aira
  • Aniq Suhair sebagai Hayyat
  • Zaki Azeman sebagai Zafran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Zainab
  • Kismah Johar sebagai Neksom
  • Syamim Farid sebagai Elina & Heliza
  • Nina KSC sebagai Danisha
  • Shatirah Amanda sebagai Hana
  • Ellyas Abdullah sebagai Imran
  • Siti Hariesa sebagai Amirah
  • Kuza sebagai Rozita
  • Raja Azmi sebagai Badariah
  • Izzendra sebagai Amberlyn

SINOPSIS DRAMA SEKALI LAGI CINTA KEMBALI

Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can.

Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan.

"Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?" - Zafran
"Inilah yang saya cuba buat." - Aira

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.

Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula!

"I offer you love and loyalty and I expect the same in return." - Hayyat

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

LAGU TEMA (OST) DRAMA SEKALI LAGI CINTA KEMBALI

Lagu : Ku Cuba
Penyanyi : Hariz Fayahet

Lirik lagu Ku Cuba - Hariz Fayahet

Tak pernah ku persoal kejujuranmu
Namun kini ku merasai
Perubahan dirimu

Dan salahkah kiranya
Ku persoalkan
Mengapa kau diam membisu
Dan pergi meninggalkanku

Ku cuba dan ku cuba
Ku kan cuba melupakan
Apa yang engkau lakukan
Yang kini membuatku menangis

Ku cuba dan ku cuba
Ku cuba memujuk hati
Ku pendam segalanya agar tidak
Melukakan hatimu lagi

Dan salahkah kiranya
Ku persoalkan
Mengapa kau diam membisu
Dan pergi meninggalkanku

Di malam yang sunyi dan sepi
Diriku sendiri lagi

Ku cuba dan ku cuba
Ku kan cuba melupakan
Apa yang engkau lakukan
Yang kini membuatku menangis

Ku cuba dan ku cuba
Ku cuba memujuk hati
Ku pendam segalanya agar tidak
Melukakan hatimu

Ku kan cuba
Ku cuba pertahankan
Ku cuba dan ku cuba lagi


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.