Header Ads

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali


Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali bakal ditayangkan pada 3 Mac 2022 di saluran 480 Astro First. Kampong Pisang Berbuah Dua Kali merupakan karya terakhir Allahyarham Mamat Khalid disempurnakan oleh anak arwah iaitu Amen Khalid.

Penggambaran Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dibuat sekitar Teluk Senangin dan Kuala Kangsar selama 10 hari dari 15 November 2021. 

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Full Movie Astro First

Filem : Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
Tarikh tayangan : 3 Mac 2022
Siaran TV : Astro First saluran 480
Idea asal : Mamat Khalid
Pengarah : Amen Khalid
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat penerbitan : Enjit Enjit Semut Motion Pictures
Genre: Komedi, Seram

PELAKON KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI

Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
Kazar Saisi sebagai Pak Din Pest Control
Bell Ngasri sebagai Barkoba
Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin
Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
Mat London sebagai Pak Karim
Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
Azman Mantra @Azman Naim sebagai Cik Gerhana
Datin Paduka Eina Azman sebagai Cik Mek
Anis Nisham sebagai Yati
Wong Wei Tian sebagai Teck Zee
Rasydan Zakaria sebagai Adan
Nizam Mok Ram sebagai MA Mok
Hafiz Aziz sebagai Mirlun
Joey Daud sebagai Daud M
Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
Dollah Cantik sebagai Yaakob Kangkong


SINOPSIS KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI

Kemunculan Cik Mek (Datin Paduka Eina Azman) dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Cik Gerhana (Azman Mantra), iaitu adik kepada Cik Purnama (Dewa Sapri) sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. 

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.


Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid, 58, meninggal semasa dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak pada 24 Oktober 2021, jam 12.30 tengah malam. Al fatihah...

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau , rahmatilah beliau , maafkanlah beliau , muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


16 comments:

  1. Replies
    1. Ye, kalau ikuti series kampong pisang bolehlah tengok nanti.

      Delete
  2. Al Fatihah buat arwah Mamat Khalid. Alhamdulillah, anaknya boleh sambung kerja arwah ayahnya. Mesti kelako habis cerita ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga pewaris yang boleh menyambung legasi arwah kan.

      Delete
  3. Mujur ada anaknya yang boleh sambung legasi arwah. Tak sabar nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pewarisnya sambung legasi. Tak sabar jugak nak tengok :)

      Delete
  4. takde lagi dah francais kampung pisang lepas ni. orang lain ambil alih pun tak sama sentuhannya. Alfatihah untuk arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay lagi ni Sal sebab legasi disambung oleh anak arwah sendiri bukan orang lain. Kita tengok nanti macamana :)

      Delete
  5. nak tengoklah nanti! buah tangan terakhir arwah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.