Yong Tau Foo Sebekas RM10

Sejak pasar malam tak buka buka selepas PKP1.0, agak susah nak beli yong tau foo. Lagi lagi yang menepati citarasa. Ada juga lah mencari dalam aplikasi foodpanda tapi macam kurang menarik perhatian.

Akhirnya jumpa juga yong tau foo yang macam sedap je. Jumpa dalam group taman. Senang beli yong tau fu berdekatan je. Dah berkali kali juga order sebab puas hati dengan isi yong tau foo dan kuahnya yang sedap. 

Bila teringin terus whatsapp penjual gerai buka ke tidak. Kakak ni dia berniaga kat rumah je. Tak ada kedai. So kenalah whatsapp dulu tanya samada ada ke tidak. Kang pergi rumah dia tapi tak berniaga dah kecewa pulak. 

Pernah jadi, pergi pergi dah tutup. Aduhaiii... So taknak sejarah berulang, whatsapp dulu. Biar dia siapkan awal-awal dan pick up je. 

Yong tau foo dia tak boleh lah pilih nak bahan yong tau foo apa. Dia dah siap siap letak dalam bekas macam dalam gambar di bawah. 

Yong Tau Foo

Bahan yong tau foo yang banyak dengan taburan kacang tumbuk dan juga ada serpihan bawang goreng juga kalau tak silap. 

Kuahnya diasingkan dalam bungkusan lain seperti dalam gambar di belakang tu. Kuah yong tau fu yang sedap. Tapi tiada kuah sup. Kami selalu beli sebekas dan kongsi berdua. Ini pun dah cukup kenyang dah. 

Kalau pergi pasar malam boleh pilih pilih. Tapi pilih pilih pun kena berpada pada jugak. Jangan terkejut kalau pilih sikit je tapi boleh cecah sampai RM20. 

Kadang nak elak bayar mahal, cakap siap siap nak RM10 ke, RM15 ke. Senang macam tu. Tapi tulah tak boleh nak pilih pulak kan. 

Ada yang jual siap dalam bekas macam ni pun okay jugak. Semua sedap dalam ni. Habis dimakan setiap kali beli. Orang Seremban teringin macam yong tau foo sedap dan berbaloi beli bolehlah beli kat akak ni. 

Gerai ABC Along Merah Delima

Waktu operasi :  
Isnin-Jumaat (Sabtu-Ahad Cuti)
Jam 12:00 pm - 6:00 pm

Lokasi : 447 taman college heights 8 (COD TCH FREE)
Hubungi : 0176218804

Menu dan Harga

ABC RM5.00
Laicikang RM6.00
ABC Jelly fruit RM6.00
Rojak buah RM5.00
Tauhu bakar RM3.00
Sotong kangkung RM6.00
Yong tau foo RM10.00
Nasi ayam RM6.00
Mi sup RM5.00
Bihun sup RM5.00
Laksa Penang Rm6.00
Laksa Johor RM6.00
Mi kari RM6.00

28 comments:

  1. Akak kalau yong tau foo mkn tauhu, sayur kangkung dan kuetiau je he hee
    ipar kat Melaka bisnes ytf ni kat pasar mlm resepi turun temurun ayah ke ank2 ,dah lebih 20 thn skrg kembangkan bisnes dia jual sos dlm botol pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kena beli jenis pilih ni.
      Alhamdulillah...sedap tu. Lama berniaga mesti ramai pelanggan tetap.

      Delete
  2. Kuahnya tu, pekat macam sos ke, Fiza? Kalau di Johor, ada sup dan ada sos. Ada sesetengah kedai, sediakan pelbagai pilihan sos. Yang suka YTF, Pak Inche.. hihi.

    Kalau yang tak boleh pilih ni, banyaknya jenis bebola atau kek, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kuah rojak buah tu kak pekatnya. Itulah tu, biasa ada sup. Mungkin sebab bajet. Geng dengan Pak Inche suka YTF. hehe...
      A ah, bebola dan kek, sosej dan isi ketam tu. kangkung pun ada cuma tenggelam kat bawah.

      Delete
  3. aritu p pasar malam pn br mkn yong tau foo..lama tk mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pasar malam boleh jugak pilih pilih kan. Tapi tak ada pasar malam, macam ni pun bolehlah.

      Delete
  4. Murah dan pasti sedap tu.. belakang rumah ni pun ada gak jual.. kadang beli guna foodpanda hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah dan sedap dah kira bagus dah. Mana dekat tu kita foodpanda kan je. Jauh jauh sejuk nanti tak sedap pulak.

      Delete
  5. sedapnya, makanan macamni comfirm sedap.

    ReplyDelete
  6. Rindu kan nak gi pasar malam.. Sejak pandemik ni jarang sangat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu, rindu nak beli macam macam. Sejak pandemik, pasar malam kat sini lansung tak bukak dah Sal.

      Delete
  7. lama tak dapat yong tau foo, sedapnya! teringin nak cari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah! Dah jumpa yang sedap, kerap jugak order. Try cari dalam foodpanda. Mana tahu ada :)

      Delete
  8. Akak suka ada sup. Sama lama tidak singgah pasar malam beli yong tau fu. Pilihan kalau pilih kangkung dengan kuetiau.
    Oklah kan kalau cakap hendak berapa ringgit, disediakan ikut harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sup boleh jugak hirup sup atau makan dengan sup. Kangkung tu wajib pilih. kuetiau tu saya kurang sikit sebab macam tak ada rasa.

      Senang cara macam tu. Tak over budget.

      Delete
  9. Harga yong tau foo semakin mahal. Teringat dulu makan di KLIA2, ambil beberapa keping, bila dikira harga RM22! Terkezzzuuuttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. 1 keping tu RM1 ke atas rasanya. Terambil yang harga mahal jadi mahal total dia.

      Delete
  10. lama tak mkn yong tau fu. murah harga dia rm10 je sebekas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah syu buat ada ada daripada tak ada. Puas jugak makan sebekas ni kongsi berdua. kalau sorang sorang terlebih kenyang rasanya.

      Delete
  11. Huhuhu yong tau foo memang best tapi nak beli kena hati-hati. Kang tunjuk-tunjuk, pilih-pilih terkejut dengan harga! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tahu takpe! Kang tunjuk tunjuk terkejut nak membayar.

      Delete
  12. Baca menu tu nampak laicikang.. Sedapnya laicikang. Tapi ada ternampak laicikang RM3 tapi apa la isinya murah sangat..

    Yong Tau Foo ni lama juga tak makan. Kuah memang kena sedap lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap minum laicikang ni. Sejukkan tekak. Murah dah tu RM3, kalau isinya banyak berbaloi membeli. Betul, yong tau fu kena kuah sedap baru best makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.