Filem Operasi UFO

Operasi UFO, filem terbaru di Astro First lakonan Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Sathia, Louisa Chong, Rozita Che Wan dan ramai lagi. Filem Operasi UFO mula ditayangkan pada 5 Februari 2022 di saluran Astro First (CH408) dan Astro On Demand.

Filem Operasi UFO Astro First

FILEM OPERASI UFO

Tarikh Tayangan : 5 Februari 2022
Rangkaian : Astro First 480
Idea & Skrip : Kent Tan
Pengarah : Khairul Anuar Mat Nor @Abang Warna
Produksi : MBC Pictures
Genre : Komedi

PELAKON OPERASI UFO

Wan Hanafi Wan Su, Fauziah Nawi, Sathia, Louisa Chong, Sharif Zero, Jasmin Hamid, Munir Zainal, Rudy Mulyady, Fahrin Ahmad, Vicha, Redza Rosli, Rozita Che Wan, Hairi Anak Awang, Wan Shade, Adeline Tsen

SINOPSIS OPERASI UFO

Mengisahkan tentang sekumpulan kawan baik yang tinggal di rumah orang-orang tua. Mereka percaya ada UFO misteri menjanjikan kehidupan kekal abadi.

Alien dari Planet 9 menjanjikan penduduk bumi kehidupan kekal abadi dengan membawa mereka ke planet baru. Selepas mendengar berita tersebut, Prof Din, Dato Rozita, Madam Angpau dan VJ merancang untuk melarikan diri ke Batu Pahat untuk mencari tapak pendaratan kapal angkasa UFO tersebut.

Mereka melarikan diri dari Rrumah orang tua selepas didera dan diseksa oleh penjaga mereka Cik Mawar. Apabila tiba di destinasi, mereka gagal menemui kapal UFO tersebut. Akhirnya Prof Din mendedahkan cerita sebenar.

12 comments:

  1. Fauziah Nawi masih aktif berlakon, masih bertenaga. Lakonannya memang power!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, masih aktif berlakon. Lakonan dia memang bagus dari dulu. Orang lama mesti lakonan power.

      Delete
  2. Replies
    1. Genre komedi mesti kelakar. Part sedih mesti ada sikit kot.

      Delete
  3. wah..pelakon otai semua ni. mesti best

    ReplyDelete
  4. Pelakon legend berlakon mesti best dan tak mengecewakan..

    ReplyDelete
  5. Zaman saya kanak-kanak tak dapat la tengok telfilem macam ni.Kami hanya berimaginasi bila baca novel dan cerpen cereka sains macam ni...Kena membaca bersungguh la🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang dah canggih macam macam boleh buat kan :)

      Delete
  6. Manalah ada kehidupan abadi. Dah meninggal baru ada kehidupan abadi.
    Ini mesti Prof Din sebenarnya suruh lari tinggalkan rumah orang tua. UFO itu mesti sebagai galakan kepada mereka.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.