Drama La Luna

Drama La Luna, drama terbaru Drama On 2 TV2 dibintangi pelakon Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Julia Ziegler, Nasha Aziz, Afiq Muiz, Elisya Sandha, Esma Daniel dan ramai lagi. Drama La Luna episod 1 mula bersiaran pada 13 Februari 2022, jam 8:00 di Drama On 2 TV2.

Drama La Luna tv2 full episode

DRAMA LA LUNA

Mula siaran : 13 Februari 2022
Waktu siaran : Jumaat - Ahad, jam 8:00 malam
Siaran TV : Drama On 2 TV2
Genre : Aksi

PELAKON

  • Zahirah Macwilson
  • Azrel Ismail
  • Julia Ziegler
  • Nasha Aziz
  • Elisya Sandha
  • Afiq Muiz
  • Aida Khalida
  • Esma Daniel
  • Ridzuan Hashim

SINOPSIS LA LUNA

Sepasukan polis menyerbu pusat pelacuran di kediaman mewah dan menangkap gadis-gadis yang menjadi mangsa pelacuran. Luna menjadi peguam bela seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket. Melalui gadis ini Luna mendapat maklumat berkaitan gerakan sindikit ini dan ketuanya, Juan.

Malangnya gadis yang memberi maklumat ini mati dibunuh oleh orang suruhan Juan. Luna rasa bersalah kerana gagal memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada gadis itu. Luna kemudiannya dipanggil sebagai saksi pendakwa kes perbicaraan Juan, ketua sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran.

Juan mengarahkan orang-orangnya mengekori Luna dan mengirim sejambak bunga dengan mesej ugutan kepada Luna. Dalam perjalanan ke pejabat, kereta Luna juga diekori oleh seorang lelaki yang kemudian cuba menembaknya.

8 comments:

  1. lama tak tgk drama melayu, kekangan masa. dh tgk sekali if ok terus terjebak, tu yg takut. nnt2 if nak tgk cari online, duk tgk marathon sekali 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa tengok online je kalau ada dan ada masa :)

      Delete
  2. Menarik jalan ceritanya drama La Luna ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita aksi kalau kena dengan jalan cerita dan pelakon best, best lah tengok.

      Delete
  3. Sinopsis macam best. Teringat Nasha Aziz jadi jahat dalam filem Gerak Khas pertama. Iconic betul watak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ingat pulak Nasha Aziz berlakon dalam drama Gerak Khas. Cerita aksi ni kadang best gak tengok.

      Delete
  4. Agaknya Zahirah yang jadi peguam bela.
    Harap dapat tengok sedikit.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.