Highway pun boleh jadi viral ye. Viral sebab panorama highway ni seakan akan di New Zealand. Bila mula viral tempat cantik ni, mulalah orang datang nak 'feel' macam berada di New Zealand kononnya.
Highway Temiang Seremban dah jadi tempat lokasi pelancongan pulak dah. Salah tu! Bukan tempat lepak. Sebelum ini pun viral kelab kelab kereta berkumpul dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di kedua-dua arah jalan untuk bergambar.
Ada yang sampai ke tengah jalan nak ambil gambar punya pasal. Dah mengganggu lalulintas macam tu sampai pengguna jalan utama terpaksa mengalah pulak.
Mengundang bahaya sangat. Lorong kecemasan bukanlah tempat selamat untuk berhentikan kenderaan. Bukan tak pernah berlaku kes kenderaan laju langgar kan. Walaupun tak ada kejadian kemalangan berlaku lagi tapi pihak polis dah bagi amaran tak boleh berhentikan kenderaan kat situ.
Dah jadi kawasan panas dah Highway Temiang Seremban ni. Nasiblah kalau tengah berhenti tu polis lalu. Mendapatlah!

Highway Temiang Seremban Negeri Sembilan
Highway Temiang Seremban panjang laluannya lebih kurang 8 km hingga 12 km, jalan pintasan dari Kampung Temiang ke Kampung Pantai. Dibina sejak tahun 2019. Apa yang menariknya kiri kanan disekelilingnya dipenuhi kehijauan hutan dan bukit-bakau. Itu yang nampak ala New Zealand tu.Nampaklah pemandangan lokasi Highway Temiang Seremban ni cantik. Kalau tak cantik, taklah orang beria datang dan singgah bergambar. Waktu pagi, jalan ni akan dipenuhi dengan kabus dan sejuk katanya. Lagi feel lah rasa sejuk macam berada di Oversea.
Kebetulan saya dari Lenggeng nak ke Rantau, jadi saja ikut laluan Highway Temiang Viral ni. Konon nak feel berada di New Zealand. Betul ke cantik? Semasa melalui jalan ni lebih kurang pukul 4 lebih macam tu. Petang yang agak cerah mendung mendung sikit.
So kualiti gambar yang diambil dalam kereta taklah secantik jika berhenti dan ambil pada angle yang tepat kan. Faham lah macamana struggle nak ambil gambar dari dalam kereta. Gambar pun terpaksa edit nampak elok.
Walaupun tak banyak kenderaan tapi tak rasa nak berhenti. Sekadar lalu tengok tengok je lah. Tapi ada je yang berhenti. Letak tripod dan buat TikTok atau content tak tahulah. Sukahatilah labuuuu...

Highway masih baru lagi. Senang juga dah ada highway jalan pintas dekat sikit tak perlu nak pusing jauh-jauh.
Belum pernah lalu sini lagi.
ReplyDeleteNampak memang menarik berbukit-bukau.
Nanti kalau balik rumah Seremban bolehlah lalu sini kak. A ah berbukit bukau laluannya.
Deletewah nice view juga highway temiang ni
ReplyDeleteYep, nampak cantik jugaklah view dia. Kena lalu pagi kot baru nampak berkabus lagi lawaaa
DeleteOooo... uncle pernah dengar pasal tempat ni....
ReplyDeleteYe uncle, masuk berita dan viral kat media sosial orang duk berhenti ambil gambar.
Deletetak sempat2 lagi nak lalu. tak sabar nak try sebenarnya!
ReplyDeleteNanti cuba lalu pagi pulak. Macam lagi cantik ada kabus kabus :)
DeleteMemang cantiiiiik highway nih kak fizah ❤️❤️. Tapi betul lah, jangan sampai berenti hanya tuk snap picture . Bahaya.. Terkadang tol yang cantik sangat macam nih, bikin bahaya juga 😅. Konsentrasi driver jadi terpecah.
ReplyDeleteRisau kalau leka bergambar lupa nak jaga keselamatan. Itulah tu, sejak viral ramai berhenti tempat ni dah jadi kawasan panas dalam pemantauan polis.
DeleteAdalah feel tu sebab nampak bukit bukit dia macam lebih kurang dekat sana. Tapi cuaca memang indah betul gambar yang kak fizah upload ini
ReplyDeleteBukit bukau dan lengkuk jalan tu yang nampak ala ala..kalau pagi berkabus lagilah cantik.
DeleteWah..cantiknya...
ReplyDeleteNi kalau ada bela biri-biri banyak kat tepi hiway tu lagi real NZ ni...🤣
Kannn..lepas tu letak pagar putih tu. Baru feel NZ :)
DeleteBaca perkataan Temiang, teringat akhir abad ke-20, Kak Amie selalu naik bas ekspress dari Pudu Raya ke Seremban. Kak Amie menjalani practical teaching di Chan Hwa High School selama 3 bulan, Jalan Temiang. Kami menyewa flat di Ampangan. Entah ada lagi entah tidak sekolah itu.
ReplyDeleteAda kenangan rupanya kat Temiang-Ampangan ni. Saya pun tak pasti kak Amie. Jarang ronda ronda Temiang dan Ampangan ni.
DeleteWah, ok2 memang cantek view dia..!!
ReplyDeleteNo wonder la ramai berhenti n snap gmbr hehehe..
Bole la compare ngan NZ
View memang cantik. Itu yang ada orang berhenti buat tiktok bagai. Kira bolehlah kan ala ala NZ gitu.
DeleteKalau berhenti sekejap dan tak mengganggu lalu lintas, okaylah kot..
ReplyDeleteKalau dah mengganggu dan membahayakan, baik janganlah.. Tapi memang cantik pemandangannya..
Kalau sekejap okaylah bila jalan lengang. Kalau sesak memang tak patutlah berhenti. Permandangan dia memang cantiklah.
DeleteJujurnya memang baru tawu tempat ni... dah viral ramai lerr yang duk lepak sini kannn..
ReplyDeleteIyeee..bila dah viral memang ramai singgah
DeleteAda padang hijau macam padang ragut. Lagi nampak kabus/awan. Memang sana hijau saujana mata memandang.
ReplyDeleteAda kesempatan nanti nak lalu jugak time pagi kabus tu. Mesti cantik lagi.
Delete