Drama Ratu Ten Pin 2

Drama Ratu Ten Pin 2 (musim kedua) kesinambungan Ratu Ten Pin akan bersiaran di saluran Astro Ria. Ratu Ten Pin 2 Dibintangi pelakon Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Nasz Sally, Wani Kayrie, Nazim Othman, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

drama ratu ten pin 2 full episode

DRAMA RATU TEN PIN 2

Jumlah episod : Akan dikemaskini
Mula siaran : 11 Julai 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria, Astro Go
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Azman Yahya
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Sheila Rusly sebagai Mem Maria
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Wani Kayrie sebagai Suzana
  • Jasmine Suraya sebagai Shalin

SINOPSIS RATU TEN PIN 2

Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut, walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.

22 comments:

  1. Tak pernah tengok, bolehlah diintai2 nanti jika banyak masa lapang.

    ReplyDelete
  2. Ada musim ke-2. Ikuti juga cerita ini.

    ReplyDelete
  3. Memang menunggu drama ni, sambung dari yang series satu...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. its okay. Sekadar hiburan bila ada masa nak tengok :)

      Delete
  5. Wah, dah ada Season 2! Yang pertama pun akak tak tengok lagi...

    ReplyDelete
  6. wah ada sambungan lagi, yg first dulu tak sempat nak tgk..hehe

    ReplyDelete
  7. Alamak... macam ramai barisan pelakonnya tak tak dikenali.

    ReplyDelete
  8. Dah season 2 dah ye.. mesti sambutan tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, season 2 dah. Ramai peminatnya mungkin, itu yang ada sekuel. Atau memang nak buat sekuel.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.