Drama Kerana Aku Isteri Bidaan

Kerana Aku Isteri Bidaan, sebuah drama lakonan Hisyam Hamid bergandingan bersama Scha Elinnea sebagai pelakon utama. Drama Kerana Aku Isteri Bidaan merupakan drama adaptasi novel Kerana Aku Isteri Bidaan karya Tulip Ungu.

Drama Kerana Aku Isteri Bidaan episod 1 mula bersiaran pada 16 Mei 2022, jam 10:00 malam di slot Samarinda TV3. 

drama kerana aku isteri bidaan full episode tv3

DRAMA KERANA AKU ISTERI BIDAAN

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 16 Mei 2022
Waktu siaran : Isnin- Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Rahim Zali
Produksi : Creative Skill Solution

PELAKON DAN WATAK

  • Scha Elinnea sebagai Raina Badrina
  • Hisyam Hamid sebagai Farel Zafeeq
  • Wanns Ahmad sebagai Aznor
  • Jalaludin Hassan
  • Syafnida Shuhaimi
  • Nina Nadira
  • Jasper Supayah
  • Ellyas Abdullah

SINOPSIS KERANA AKU ISTERI BIDAAN

Untuk mengelakkan dirinya berkahwin dengan Haji Meon, seorang duda yang sebaya dengan ayahnya, Raina Badrina (Scha Elinnea) telah mendakwa dirinya dihamilkan oleh Farel Zafeeq (Hisyam Hamid) yang tidak bersalah. Malah, Raina juga memaksa Farel menikahinya. 

Di malam perkahwinan mereka, Raina telah mengaibkan Farel dengan tindakan melarikan diri dengan teman lelakinya, Aznor. Malangnya Aznor berniat jahat dan telah bertindak menjualkan Rania ke rumah pelacuran. 

Rania telah ditemui oleh Farel di sebuah pusat hiburan. Setelah mengetahui apa yang diperlakukan oleh Aznor, Farel cuba membeli Rania dengan rancangan untuk menyeksa Rania.

12 comments:

  1. Wah..macam menarik cerita tu..Tajuk cerita sekarang ni lain macam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tajuk semua ala novel. Drama ni pun adaptasi novel.

      Delete
  2. pelakon baru ke scha ni? tak pernah tahu pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tak baru sangatlah. Pertama kali tengok dia berlakon dalam drama Mr.Grey.

      Delete
  3. Dah tayang ke ni? Macam best plak, nanti nak tengoklah..

    ReplyDelete
  4. Nauzubillah.. Teringat ombak rindu pula..

    ReplyDelete
  5. macam Ombak Rindu ada, macam Perempuan, isteri dan ... pun ada

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.