Bab 3 : Mac 2022

Azhafizah MN
By -
26
Bulan Februari berakhir sudah. Tak terasa perjalanan selama 28 hari. Kadang kita lupa Februari ni hari dia terpaling sikit dari bulan lain. Itulah istimewanya Februari. 

Rumusan bulan Februari 2022, sana sini rancak positive penyakit 19. Tak lupa jugak rancak demam batuk selsema dan sakit tekak sana sini. Faktor cuaca dan ramai yang dijangkiti virus. 

Lepas sorang, sorang ahli keluarga disahkan positive COVID 19. Bukan kita minta. Dalam berjaga jaga, terjangkiti juga. Semoga semua yang dijangkiti terus kuat melawan virus dan kembali sembuh. Aaaminn...

Terpaling risau bila anak buah dua orang 4 tahun dan 2 tahun kena positive. Allahuakbar...Bila tengah peak kena sampai tak berdaya dua orang tu. Orang dewasa kena pun struggle melawan, inikan budak kecil. Syukur dorang dah semakin aktif. Lemah longlai risau juga tu.

Lepas tu anak buah duduk asrama positive pula. Terjangkiti dengan pelajar yang tak duduk asrama. Mula mula kena, dia sorang terpaksa bawa hospital naik ambulance sebab suhu tinggi hampir cecah 40 katanya. Risau sudah kakak dan abang ipar.

Bulan Mac dimulakan dengan sambutan Israk Mikraj. Ulangkaji semula peristiwa Israk Mikraj supaya kita tak lupa sejarah penting dalam Islam. Selamat bercuti kepada warga negeri yang terlibat. 

4 Mac 2022 dah bermula bulan Sya'ban 1443 H. Lepas tu Ramadan pula menjelma. Ramai dah buat persediaan puasa di bulan Rejab lagi. Alhamdulillah...

Masih ada sisa ganti puasa yang belum dilunaskan. Sila ambil tindakan segera. 

bulan mac 2022

You can complain because roses have thorns
or you can rejoice because thorns have rose
Stop complaining
and do more of what makes you happy

Bulan Mac mengharapkan semua yang baik baik di hari yang mendatang. Semoga semua orang sihat sihat je fizikal dan mental. Semakin mencabar perjalanan hidup di dunia ni. Semoga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi segala ujian.

Banjir masih teruk di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan. Semoga segeralah surut airnya. Luar biasa banjir kali ni. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat dan baik baik je. Aaminn...

March Public Holiday

1 Mac (Selasa) : Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
4 Mac (Jumaat) : Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
23 Mac (Rabu) : Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)

Tags:

Post a Comment

26Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Mac..ada 2 majils kahwin. Tengah berkira2 nak pergi ke tidak. Risau gak.

    BTW, selamat bercuti org N9

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, risau jugak kalau nak attend kenduri kahwin ni.

      Selamat bekerja Ammi :)
      Saya kategori tak ada cuti. hehehe...

      Delete
  2. Risau kan Fizah, seolah Covid ni dah macam semua orang akan kena, kalau boleh janganlah kann.. moga kita semua sihat-sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, macam menunggu giliran pulak. Harapnya tidaklah kak.
      Aaminnn...

      Delete
  3. Salam Isra' Mikraj. First time jengah blog ni cantik dan kemas. Suka tengok planner tu, beli dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah.
      Planner tu beli kat ig @the wife & co

      Delete
  4. Betul Fiza, kaluarga kak PC pun ramai positif covid. Bukan tak menjaga. Tapi bila Allah berkehandak berlaku maka berlakulah.

    ReplyDelete
  5. Sekejap sangat Februari kan...
    Have A Magnificent March, Fiza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sekejap. Rasa macam baru je sambut birthday. Eh!
      You too kak :)

      Delete
  6. March bulan anniversarry dan ramai ahli family & expended family lahir bulan march.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan kemeriahan birthday ni. Mesti meriah boleh buat majlis sekali :)

      Delete
  7. Sekejap betul Februari.. Hari ini dah Mac..
    Kat tempat Sha ini pun ramai yang positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tahu dah masuk Mac kan KakSha.
      Risau betul kan bila semakin hari semakin ramai positive.

      Delete
  8. Terasa sekejap sangat bulan Februari. Apa-apa pun salam israk mikraj kak.

    Alhamdulillah, puasa semua dah berganti. He3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama pun nak masuk bulan Ramadan dah.
      Alhamdulillah senang dah ganti, boleh berpuasa sunat pulak.

      Delete
  9. Alaaaaaa Bulan Mac ni takde cuti public holiday kan...jenuh la nanti...hehehehe....apapun salam Israk Mikraj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak, takde public holiday. Cuti kenegerian je ada :)

      Delete
  10. Bulan Mac.... aduuussss!
    Bulan paling banyak tugasan perlu disiapkan setakat yang dijadualkan.
    Harap masih punya waktu untuk jengok blog sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nampak bayang bayang kesibukan kak Amie nanti. Sibuk sibuk pun jaga diri kak Amie..Ada masa free baru jengah blog.

      Delete
  11. ala..buan ni takde public holiday. banyak jugak benda buruk berlaku di bulan Februari. harap Mac baik-baik aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah takde public holiday. Cuma cuti beberapa negeri je. Bertabahlah takde cuti. Harap begitu juga Sal.

      Delete
  12. Memang nampak ramai orang terdekat kena Covid.
    Tidak sabar tunggu bulan Ramadan. Ingat hendak rajin puasa sunat tapi itulah macam-macam dugaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat betul berjangkit omicron ni.
      Ramadan yang dinantikan. Sebulan je lagi :) Aura Ramadan dah terasa dah.

      Delete
  13. Pejam celik . Pejam celik dah masuk bulan mac . Cepat masa berlalu pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. Cepat masa berlalu, tak lama lagi April pulak.

      Delete
Post a Comment