Telefilem Pemuja Rahsia

Pemuja Rahsia, telefilem ulang siar bersiaran pada Jumaat 11 Februari 2022, jam 10:00 malam di TV3. Telefilem Pemuja Rahsia dibintangi Hun Haqeem dan Intan Najwa.

Telefilem Pemuja Rahsia

TELEFILEM PEMUJA RAHSIA

Waktu siaran : Sabtu, 28 Mac 2020, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Ulang siar : Jumaat, 11 Februari 2022, jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Marr Mohamad
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

PELAKON PEMUJA RAHSIA

  • Hun Haqeem
  • Intan Najuwa
  • Rita Rudaini
  • Haliza Misbun
  • Nurul Aisha Halim
  • Fiza Thomas
  • Alif Haiqal Razulan
  • Engku Helmy

SINOPSIS PEMUJA RAHSIA

Adam, pelajar kolej yang kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon.

Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas.

Namun setelah kematian ayah Hawa, ibu Hawa - Suzana enggan terlalu rapat dengan keluarga Adam sementelah Adam hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Ayah Adam, Zul beberapa kali cuba mengurat Suzana. Namun Suzana tak pernah melayan.

Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal. Dia suka membisu, gemarkan warna hiam, mekap yang pelik dan sukakan muzik.

8 comments:

  1. Telefilem ni best. Sapa belum tengok boleh tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak pernah tengok. Nak tengok ulang siar ni nanti.

      Delete
  2. Namanya pun memang sudah ditakdirkan untuk berdampingan, Adam dan Hawa.
    Comel jew Intan Najwa ni. Teringat lakonannya yang popular bersama Remy Ishak dalam kekasih Paksa Rela.

    ReplyDelete
  3. Malam ni la kan...
    harap sempat sampai seremban sblm pkl 10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye malam ni Ammi. Kalau tak sempat. Cari online kalau ada lah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.