Balik Kampung Lah Kita

Tengah syok basuh pinggan semalam, perasan air paip slow. Encik suami lepas mandi pun bagitahu air shower slow ya amat. Macam nak tak ada air je katanya. Tak pulak check portal SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan).

Petang tu suami whatsapp, kita balik kampung lah. Air tak ada sampai esok ni, ada pembersihan loji dia tengok kat portal SAINS tu. Kawasan rumah saya terlibat sekali. Tak mungkinlah kejap tu. Kebetulan mak (mak mentua) nak balik kampung ada urusan harini. Kita balik sekalilah. 

Ikutkan mak stay Seremban, tapi tak ada air. Baiklah kita stay kampung je. Kemas kemas barang lepas encik suami ambil mak kat KL, terus berdesup balik kampung. Mujur gak lah air tangki masih tak kering dan ada simpanan air dalam tong. Boleh guna waktu terdesak. 

Tak ada air susah, tak ada elektrik pun susah. Kann...Bayangkan betapa susahnya orang selangor bila kerap tak ada air. Bertabahlah...

Pokok Bunga Ros Pokok Kelapa

Cantik cuaca di kampung semalam. Cerah! Pagi ni sejuk dengan kabus menebal sebelum matahari muncul. Paling best bunyi bunyian alam berlagu riang.

Cuti kejap buat kerja dan blogwalking semalam dan hari ni. Pagi ni dapat tahu anak buah dua orang positive COVID-19. Allahuakbar... Lepas sorang, sorang family +ve. Semoga semua yang +ve cepat baik dan kuat melawan virus jahat. Aaaminn...

26 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Waaa bestnya balik kampung, kalau macamtu, biar air takde kannn, dapat balik kampung hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada kerja okaylah boleh duduk kampung dengan tenang.

      Delete
  2. dulu waktu arwah mama ada..kalau takde air je ammi pack baju balik Somban nak park anak2 kat situ. skrg kalau nak park sapa je nak tgk anak2.

    semoga anak2 buah fiza sembuh segaera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih pulak dengar. Takpe, nanti dorang dah besar pandai jaga diri boleh tinggalkan kat Somban kalau takde air.

      Aaaminn..terima kasih doakan untuk mereka

      Delete
  3. Kita semakin menghampiri endemik, semoga anak2 saudara tu ringan sahaja symptomnya. Fiza pun jaga diri tau. Akak pulak ada jemputan, risau jugak nak pergi tapi tak sampai hati kalau tak pergi.

    Bab tak ada air tu, memang paling tak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam je sampai 31k baru..semakin menuju ke endemik. Angka tak surut surut.
      Harap begitulah..harini suhu tak turun lagi kata ibunya. Risau juga.
      Terima kasih kak. Sama samalah kita jaga diri.

      itulah tu, tak ada air dan elektrik payah jugak.

      Delete
  4. Semoga anak buah Fiza cepat sembuh ye, Aamin...

    Orang Selangor rasanya memang dah bertabah bab air takde ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn... Terima kasih doakan mereka.

      Sabar je lah kan. Isu air Sel ni entah bila nak settle.

      Delete
  5. Dekat Melaka ni pun agak kerap juga air takde. Tak kerap sangat tapi kadangkala sahaja. Mujur tempat saya antara kawasan yang tidak terjejas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Susah jugak kalau asyik terjejas je. Syukurlah duduk kawasan yang tak kena tempias tak ada air tu kan.

      Delete
  6. Risau bila tak ada air Fiza. Serba serbi rasa tak kena.

    ReplyDelete
  7. Saya tak fokus dah masalah air tu bila nampak rose kampung tu..Sukanyaaaaa..bau dia lembut ja kan..
    Bila pandang rose kampung ..ada satu macam perasan sayu dalam hati..tak tau kenapa😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, bau bunga rose kampung lembut je baunya tak terlalu menusuk hidung.
      Mesti ada kenangan disebalik bunga rose. Usah di ingat cerita sedih yang dah berlalu, jangan sedih sedih.

      Delete
  8. seronoknya mudah betul boleh balik kg dik oi, kami ni kat selangor kalau takat sabtu ahad bolehla kot tidur hotel ke lari memana, tapi kalau hari kerja n sekolah ada air ke takde kene jugak la redho, tadah air untuk keperluan harian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung suami dekat boleh lagilah kak. Kampung kita jauh sikit tak mudah jugak kalau nak balik Johor tu.
      Terpaksa hadap jugak kalau tak ada cara lain. Harap segeralah selesai isu air kat Selangor tu kan.

      Delete
  9. Uish. semalam pun cakap umah dia kat PD xda air. betul, air ke letrik dua2 sama susah kalau xde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab cuci loji tu yang banyak kawasan takde air.
      Tahu takpe! Dua dua sama susah kalau terputus bekalan.

      Delete
  10. amiin..sekrg ni virus mengganas semula...

    syoknya, deskripsi suasana di kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, hari hari kes menaik je.

      Alhamdulillah...suasana kampung yang mendamaikan.

      Delete
  11. orang Selangor dah biasa bab2 air ni..hehehehehe
    Cantik bunga kat kampung yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa bertenang je lah kan bila bab air ni. Entah bila tahun nak settle.
      Bunga ros memang cantik kejadiannya :)

      Delete
  12. life kampung lah paling best.. hirup udara pagi.. bestttt

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال